Pakistan sekat BBC, CNN - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakistan sekat BBC, CNN

ISLAMABAD 9 Nov. – Siaran berita televisyen antarabangsa, BBC dan CNN di Pakistan diputuskan sekali lagi hari ini selepas melaporkan mengenai penahanan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto bagi menghalang beliau menghadiri rapat umum di Rawalpindi.

Pihak berkuasa menghalang operator kabel daripada menyiarkan saluran berita antarabangsa pada hujung minggu lalu selepas Presiden Pervez Musharraf mengenakan perintah darurat.

Satu-satunya siaran televisyen yang dapat ditonton oleh rakyat Pakistan ialah televisyen kerajaan sementara akhbar diterbitkan seperti biasa.

BBC dan CNN muncul semula di stesen kabel malam tadi apabila kedua-duanya melaporkan Pervez menjanjikan pilihan raya pada 15 Februari depan.

Bagaimanapun, kedua-dua siaran ‘terputus’ hari ini selepas melaporkan Benazir ditahan di rumah dan polis menutup sebuah taman di Rawalpindi di mana bekas Perdana Menteri itu merancang untuk mengadakan rapat umum.

Media telah berkembang pesat sejak Pervez merampas kuasa pada 1999 dan beliau selalu menyebut kebebasan media sebagai salah satu pencapaian beliau.

Namun pihak media banyak mengkritik Pervez sejak beliau cuba memecat Ketua Hakim Negara, Iftikhar Muhammad Chaudhry, Mac lalu.

Beberapa jam selepas mengisytiharkan perintah darurat, Pervez mengarahkan sekatan meluas dikenakan terhadap liputan media.

– Reuters

0 Komentar untuk "Pakistan sekat BBC, CNN"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI