Mogok Hollywood: Schwarzenegger campur tangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mogok Hollywood: Schwarzenegger campur tangan

LOS ANGELES 9 Nov. – Gabenor California, Arnold Schwarzenegger yang terkenal di Hollywood dengan sekuel filem Terminator hari ini berkata, beliau akan membabitkan diri dalam usaha di belakang pentas bagi menamatkan mogok para penulis skrip.

“Saya bercakap dengan semua pihak terbabit kerana saya anggap kita perlu menyelesaikan pertikaian ini secepat mungkin kerana ia mempunyai impak ekonomi yang besar kepada negeri ini,” kata beliau.

Schwarzenegger pernah menjadi ahli Persatuan Pelakon Skrin tetapi meninggalkan dunia lakonan selepas bertanding sebagai Gabenor mewakili Republikan pada 2003.

Persatuan Penulis Amerika mengadakan mogok terhadap beberapa studio filem dan televisyen besar sejak Isnin lalu selepas rundingan kontrak baru gagal.

Rundingan yang bermula Julai lalu gagal mencapai penyelesaian membabitkan tuntutan kesatuan sekerja yang mahukan lebih 12,000 ahlinya mendapat bahagian yang lebih besar daripada hasil melalui Internet.

- Reuters

0 Komentar untuk "Mogok Hollywood: Schwarzenegger campur tangan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI