Jefri Bolkiah diarah kembalikan aset kerajaan Brunei - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jefri Bolkiah diarah kembalikan aset kerajaan Brunei

LONDON 9 Nov. – Mahkamah tertinggi Brunei semalam memerintahkan bekas Menteri Kewangan, Pengeran Jefri Bolkiah menyerahkan hartanah mewah, barang kemas dan wang tunai kepada kerajaan.

Perintah tersebut dikeluarkan di sini oleh Majlis Privi Britain yang masih menjadi mahkamah rayuan tertinggi bagi bekas tanah jajahan Britain itu.

Majlis Privi memutuskan Jefri yang merupakan adik lelaki Sultan Hassanal Bolkiah mesti mematuhi penyelesaian di luar mahkamah yang dicapainya dengan kerajaan Brunei pada Mei 2000.

“Setelah menimbangkan kes Pangeran Jefri dengan teliti, Yang Arif memutuskan bahawa rayuan ini hendaklah diketepikan dengan kos,” tegas keputusan Majlis Privi tersebut.

Jefri dalam hujahnya mendakwa beliau telah mencapai persetujuan secara lisan dengan Sultan bagi membolehkan beliau terus memiliki pelbagai aset berharga.

Majlis Privi bagaimanapun menolak hujah itu sebagai “sukar dipercayai.”

Lima hartanah yang dimaksudkan itu ialah Hotel New York Palace, Hotel Bel-Air di Los Angeles, 3-5 Place Vendome di Paris, St. John’s Lodge di London dan sebuah rumah di Singapura.

– AFP

0 Komentar untuk "Jefri Bolkiah diarah kembalikan aset kerajaan Brunei"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI