Tolong Jangan Kacau PKR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tolong Jangan Kacau PKR

PKR Sarawak masih menganggap DAP sebagai rakan Pakatan tetapi DAP pula "memutuskan hubungan" dengan alasan hudud yang PKR Sarawak juga tentang.

Terbaru DAP pula mendesak dan menggertak PKR Sarawak dengan memaksa PKR Sarawak sama ada pilih DAP atau PAS?

Itu bukanlah masalah sebenar DAP dengan PKR Sarawak. Masalah sebenar adalah kerana impian DAP untuk ke pedalaman "terhalang oleh PKR Sarawak".

DAP menggunakan alasan mereka bertanding 15 menang 12. PKR Sarawak bertanding 49 menang 3 sahaja. Alasan ini tidak tepat. Kerana DAP menang di bandar kerana faktor Anwar Ibrahim yang berkempen untuk Pakatan Rakyat termasuk DAP di semua bandar yang DAP tandingi. Kekuatan atau kemenangan 12 kerusi ini tidak sepatutnya digunakan oleh DAP untuk serang PKR. Sedangkan PKR atau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali membantu kempen DAP di seluruh bandar - bandar masa PRN-10 2011. Kemenangan 12 kerusi ini bukan kemenangan mutlak DAP sendiri. Ia kemenangan Pakatan bersama. Sedangkan Lim Kit Siang dan top gun DAP tidak banyak membantu PKR Sarawak di pedalaman. DAP perlu tahu bahawa 3 kerusi yang dimenangi PKR bukan hak mutlak PKR walaupun hanya jentera PKR sahaja yang berhempas pulas melawan BN tanpa kehadiran top gun DAP membantu ketika itu.

Dulu DAP tidak mahu berkongsi beban dengan PKR untuk bertanding di kerusi pedalaman, maka PKR terpaksa berkorban memikul tanggungjawab itu. Apabila PKR bertanding 49 kerusi maka DAP kata PKR Sarawak tamak. Ini tuduhan tidak berasas.

Kini DAP menggunakan Impian Sarawak untuk bergerak ke pedalaman. Ingatkan impian Sarawak ini adalah untuk membantu PKR di pedalaman; rupa-rupanya tidak. Niat DAP rupa-rupanya untuk merampas kerusi PKR Sarawak di pedalaman.

Malangnya yang DAP mahu bertanding pula adalah di kawasan yang PKR boleh menang seperti Layar dan lain-lain. Tidak pula mahu bermula di kawasan yang tiada harapan seperti di Balingian dan lain-lain.

Walau pun begitu harap Rakyat Dayak pedalaman tidak mudah terkeliru dengan projek kecil yang dibawa DAP dengan perjuangan PKR Sarawak iaitu Tanah Adat yang sangat berharga diperjuangkan oleh PKR Sarawak.

Kebijaksanaan rakyat pedalaman sangat dituntut membuat perbandingan antara perjuangan NCR PKR Sarawak dengan projek kecil DAP ini dalam impian Sarawak.

Justeru penyelesaian yang kita perlu untuk kita mengalahkan BN adalah elakkan pertembungan PKR lawan DAP dalam PRN-11 akan datang.

Biarlah DAP tumpu kerusi yang mereka bertanding dulu. PKR Sarawak pun bertanding di 49 kerusi yang pernah dipertandingkan dulu. Kekalkan status quo.

Kecuali PKR Sarawak sanggup serah beberapa kerusi pedalaman kepada DAP, maka dari situlah DAP bermula membina kekuatan di kerusi pedalaman. Bukan main sergah rumah dan claim rumah itu milik diri.

Denga kata lain bukan merampas atau ngetau kerusi @ umai yang PKR Sarawak boleh menang yang telah PKR kerjakan selama ini.

Janganlah kerana kehadiran DAP di kerusi PKR Sarawak yang PKR Sarawak boleh menang ini akan menjejaskan peluang PKR menang. Ini tindakan sangat tidak bijak atau tidak waras DAP kalau ianya berlaku.

So, kali ini, kalaupun DAP tak mahu tolong PKR di kerusi boleh menang PKR di pedalaman, tolonglah JANGAN KACAU PKR untuk menjejaskan kemenangan PKR. Itulah permintaan PKR dari DAP.

Bersatu melawan common enemy kita BN di semua kerusi.

0 Komentar untuk "Tolong Jangan Kacau PKR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI