Polis Rampas Sebahagian Besar Dokumen 1MDB - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Polis Rampas Sebahagian Besar Dokumen 1MDB

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis membawa pelbagai dokumen dilihat meninggalkan Menara IMC kira-kira pukul 2 petang, lokasi di mana pegawai-pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)  menjalankan serbuan ke atas pejabat 1MDB .

Sekumpulan pegawai mula menjalankan siasatan ke atas cabang pelaburan kerajaan itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mereka telah mengepung pejabat 1MDB di tingkat lapan bangunan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Walaupun terdapat kumpulan wartawan yang membuat liputan mengenai perkembangan terkini, kakitangan kepada syarikat- syarikat yang terletak di Menara IMC menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Menara IMC menempatkan beberapa firma antarabangsa termasuk Cathay Pacific, Credit Suisse, Advantage Austria, Green Building Index, Mitra Energy Limited dan Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ.

Kakitangan di situ telah dilihat berjalan keluar masuk bangunan tanpa mendapat sebarang petunjuk daripada penyiasatan itu.

Wartawan telah diminta untuk menunggu di luar kawasan lobi dan diarah supaya tidak mengambil gambar atau video oleh pengawal keselamatan.

Ditanya berapa lama serbuan itu akan berjalan, para pengawal enggan menjawab dan terus menegaskan kepada jurugambar untuk tidak mengambil sebarang gambar.

Penyambut tetamu didengari berkata "tak boleh" apabila seorang wartawan bertanya jika dia boleh naik ke pejabat.  - Mstar

0 Komentar untuk "Polis Rampas Sebahagian Besar Dokumen 1MDB"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI