1MDB Tidak Beri Kerjasama Kepada Jabatan Audit Negara - PAC - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

1MDB Tidak Beri Kerjasama Kepada Jabatan Audit Negara - PAC

KUALA LUMPUR: Laporan awal Ketua Audit Negara terhadap hasil pengauditan di 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak memberikan kerjasama penuh dari segi dokumentasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata perkara itu telah dinyatakan Ketua Audit Negara (AG) dalam pembentangan laporan tersebut, Khamis.

"Jabatan Audit Negara masih belum mendapat kerjasama yang baik daripada 1MDB dalam memberikan dokumentasi untuk mereka menjalankan audit.

"Kita minta pengurusan 1MDB tolong bagi kerjasama kepada Jabatan Audit Negara untuk memberikan segala dokumentasi dan maklumat yang diminta untuk mereka meneruskan audit supaya laporan dapat dimuktamadkan pada akhir tahun ini," katanya pada sidang media pembentangan Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB oleh Jabatan Audit Negara di bangunan Parlimen, di sini.

Nur Jazlan berkata, antara dokumen yang belum diserahkan termasuklah penyata bank dan beberapa perjanjian.

Katanya, dokumen tersebut adalah penting dan mempunyai kaitan dengan skop siasatan.

"Ada sesetengah yang mereka belum serah walau telah diminta oleh Jabatan Audit Negara…bukan mereka tak bagi langsung.

"AG perlukan laporan itu untuk lengkapkan laporan penuh pengauditan, jadi kita minta mereka berkerjasama dengan menyerahkannya," katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata secara keseluruhannya, PAC berpuas hati dengan laporan awal ini yang disifatkannya sebagai telus dan ‘nampak menyeluruh’.

"Mereka telah melakukan kerja-kerja dengan baik. Ini dapat dilihat berdasarkan ketebalan laporan ini," katanya namun enggan menyatakan jumlah helaian laporan tersebut.

Katanya, maklumat-maklumat yang diperoleh daripada laporan tersebut adalah maklumat yang baik dan akan digunakan untuk menyoal bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, CEO Arul Kanda dan bekas pengerusi dan CEO Mohd Hazem Abdul Rahman pada Ogos ini.

"Laporan AG beri banyak maklumat untuk ditanya.

"Kita juga akan tanya dengan mereka mengapa tidak beri dokumen yang diminta AG dalam perjumpaan akan datang," katanya.

Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan AG untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

Laporan AG akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada PAC yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

0 Komentar untuk "1MDB Tidak Beri Kerjasama Kepada Jabatan Audit Negara - PAC"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI