Contohi tindakan MB Kedah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Contohi tindakan MB Kedah

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ContohitindakanMBKedah/Article


Kuala Lumpur: Menteri Besar dan Ketua Menteri perlu mencontohi tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memberi jaminan tidak akan memberi projek perniagaan di negeri itu kepada anggota keluarganya.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Datuk Johan Jaaffar, berkata pihaknya mengalu-alukan kenyataan Mukhriz yang disifatkan sebagai kenyataan terbuka pertama dibuat mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri berhubung isu pemberian projek perniagaan kepada anggota keluarga terdekat.
Sehubungan itu, katanya, PPPR mencadangkan kenyataan yang sama dibuat pada peringkat Kabinet.

Beliau mengulas jaminan Mukhriz, kelmarin, yang tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya.

Elak kepentingan diri

Mukhriz dilaporkan berkata, beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri itu.

Johan berkata, dalam kenyataan media PPPR pada 20 Disember lalu, pihaknya mencadangkan supaya semua anggota pentadbiran Kerajaan Pusat dan negeri serta anggota keluarga terdekat tidak membabitkan diri dalam permohonan untuk kontrak kerajaan.
Tutup ruang rasuah

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak berlakunya konflik kepentingan selain menutup ruang dan peluang bagi perlakuan rasuah.

“Pada masa itu juga, panel kami mencadangkan supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta setiap tahun kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan komitmen mereka terhadap perang melawan rasuah.

“Mereka bukan saja harus berbuat demikian sebelum menjawat jawatan tetapi juga pada setiap tahun sepanjang menjawat jawatan itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
0 Komentar untuk "Contohi tindakan MB Kedah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI