Noh Gadut tempelak dakwaan NGO MAIJ Taliban - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Noh Gadut tempelak dakwaan NGO MAIJ Taliban

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NohtempelakdakwaanNGO/Article

Johor Bahru: “Jangan cuba menjolok sarang tebuan, kalau tidak tahu jangan tuduh bukan-bukan. Kita bukan zalim,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut.

Beliau berkata demikian menempelak dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuduh MAIJ bertindak seperti Taliban berikutan dijangka merobohkan surau yang digunakan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di Tanjung Sutera Resort, Sedili Besar, dekat Kota Tinggi,
Beliau turut meminta NGO serta pihak luar tidak campur tangan terhadap kes berkenaan berikutan ia masih dalam proses siasatan.

Ikut undang-undang

Katanya, MAIJ dan agensi penguat kuasa terbabit bertindak mengikut undang-undang dengan penuh profesional, berhemah serta tanpa mengikut emosi.

“Tidak timbul isu MAIJ zalim. Kita ambil tindakan berpandukan Enakmen MAIJ yang ada, begitu juga pelbagai agensi, termasuk polis serta pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mempunyai undang-undang dan garis panduan masing-masing.

“Saya nak tanya adakah NGO itu faham apa itu Taliban sebelum membuat tuduhan melulu? Adakah mereka faham isu sebenar yang berlaku? Jika tidak faham jangan cuba campur tangan.
“Ini kes sensitif yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Jika tiada tindakan tegas diambil ia seperti bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa,” katanya kepada BH.

Noh mengulas kenyataan di Twitter Lawyers for Liberty (LFL) semalam, yang menyamakan tindakan MAIJ yang dijangka merobohkan surau berkenaan seperti kumpulan Taliban, di Afghanistan.

Isnin lalu BH melaporkan umat Islam dikejutkan dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka.

Video bertajuk ‘Surau dijadikan tokong Buddha di Johor’, selama 85 saat itu menunjukkan sekumpulan individu termasuk seorang sami Buddha menjalankan upacara keagamaan di dalam surau berkenaan, selain turut meletakkan lambang agama mereka di atas meja di ruang imam.
0 Komentar untuk "Noh Gadut tempelak dakwaan NGO MAIJ Taliban"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI