SINGAPURA - BMW Asia hari ini mengumumkan Performance Motors Ltd (PML) sebagai wakil penjual sah tunggal di Singapura untuk BMW i - jenama bersama BMW untuk kereta-kereta elektriknya.
Dua buah kereta BMW i telah disahkan untuk pengeluaran, iaitu kenderaan megacity BMW i3 elektrik sepenuhnya dan kereta sports BMW i3 hibrid "plug-in".
Kenderaan megacity BMW i3 dijangka dijual di Singapura menjelang pertengahan 2014.
Dengan pelantikan ini, PML akan dilengkapi dengan keupayaan teknikal khas yang membolehkan mereka melaksanakan pembaikan ke atas bateri bervoltan tinggi kenderaan BMW i, kata BMW dalam satu kenyataan.
Rangkaian perkhidmatan yang meluas ini turut dirancang untuk menawarkan liputan kepada perkhidmatan awam, penyenggaraan dan pembaikan kenderaan.
“Sebagai satu jenama kereta paling mampan di dunia, BMW sentiasa jelas dengan strateginya untuk membina kereta-kereta yang berkuasa tetapi cekap dari segi bahan api dan rendah dalam pelepasan CO2," kata Neil Fiorentinos, Pengarah Urusan BMW Group Asia. - Bernama