CIMB Bank raih anugerah
CIMB Bank
KUALA LUMPUR - CIMB Investment Bank telah memulakan penarafan jangka pendek Ta Ann Holdings Bhd dengan "belian dagangan" kerana ia menjangka syarikat itu akan melaporkan  perolehan kayu dalam keputusan untuk suku yang akan datang pada Ogos.
  
Ta Ann bermula sebagai syarikat kayu tetapi telah mempelbagaikan kepada minyak sawit, yang kini muncul sebagai penyumbang keuntungan terbesar semasa kepada kumpulan.
  
"Selepas enam suku berturut-turut mendapat pulangan yang lemah, ia adalah masa untuk menyemak potensi perniagaan kayu Ta Ann, dengan peningkatan harga balak dan papan lapis memulihkan keuntungan kayu.
  
"Pemeriksaan kami mendapati harga balak eksport Sarawak telah meningkat antara 30-50 peratus sejak Januari, yang akan menguntungkan kumpulan itu kerana ia adalah salah satu pengeluar kayu terbesar di negeri itu," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
  
Firma penyelidikan itu juga berkata pendedahan Ta Ann kepada Jepun juga akan memanfaatkannya dengan potensi peningkatan pasaran perumahan negara itu, yang akan meningkatkan harga papan lapis.
  
"Kami menjangka perolehan kayu Ta Ann untuk memulih daripada kerugian pracukai RM18 juta tahun lepas kepada satu keuntungan RM21 juta tahun ini," katanya. - Bernama