Kerangka pemantauan audit negara diiktiraf - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kerangka pemantauan audit negara diiktiraf

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kerangka-pemantauan-audit-negara-diiktiraf-1.183006

KERANGKA audit Malaysia telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah sebagai setara dengan amalan terbaik dan antarabangsa serta peraturannya mengenai pemantauan awam, jaminan kualiti, siasatan dan sistem penalti bagi juruaudit dan audit.

Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB), Nik Hasyudeen Yusoff berkata, dengan pengiktirafan itu, firma audit Malaysia boleh memberi perkhidmatan audit kepada syarikat dari Kesatuan Eropah (EU) tanpa peraturan tambahan.

“Melalui pengiktirafan itu, pengawal selia audit AOB dan EU boleh memuktamadkan perjanjian kerjasama untuk bergantung kepada kerja satu sama lain terhadap pengawasan juruaudit dan firma audit.

“Pengiktirafan juga sekali gus mengakui usaha berterusan Malaysia dalam mewajarkan pemantauan audit bebas terhadap entiti kepentingan awam dan seterusnya membuktikan kerangka pengawal seliaan negara setaraf dengan amalan antarabangsa dan amalan terbaik,”katanya dalam satu kenyataan.

Selain Malaysia, sembilan negara lain antaranya Abu Dhabi, Brazil, Dubai, Indonesia dan Taiwan turut menerima pengiktirafan menerusi satu penilaian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Eropah dengan bantuan Badan Pemantauan Juruaudit Eropah (EGAOB) pada tahun lalu.
0 Komentar untuk "Kerangka pemantauan audit negara diiktiraf"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI