Prudential BSN
Prudential BSN Takaful Bhd
PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) memperkenalkan pelan perlindungan perubatan baru, HealthEnrich.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, pengguna boleh menerima rawatan kesihatan yang terbaik di hospital swasta tetapi tidak mampu ditanggung kos yang tinggi.

“PruBSN memahami pelanggannya dengan menyediakan perlindungan perubatan yang terbaik disokong dengan perkhidmatan yang terbaik.

“Pelan perubatan HealthEnrich berfungsi untuk beri rawatan kesihatan terbaik untuk individu dan bolehkan mereka menikmati kos yang berpatutan,“ katanya.

Bagi memenuhi gaya hidup yang berbeza, HealthEnrich memperkenalkan beberapa ciri-ciri dinamik termasuk peruntukan pilihan kedua perubatan, pemindahan organ, pegawai perubatan yang dipilih, hospital pilihan dan komplikasi bersalin.

Terdapat empat pelan boleh didapati di bawah HealthEnrich yang direka untuk individu yang mencari perlindungan perubatan yang komprehensif dan kualiti perkhidmatan yang tinggi iaitu HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select dan HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier.

HealthEnrich juga menawarkan pilihan untuk liputan penuh bil-bil perubatan yang dilindungi tanpa kerjasama takaful dan pilihan usia yang awal adalah antara ciri-ciri tambahan baru pelan ini.