Shah Rukh Khan tidak mahu jejak kaki ke AS lagi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Shah Rukh Khan tidak mahu jejak kaki ke AS lagi

Shah Rukh Khan tidak mahu jejak kaki ke AS lagi

Bintang Bollywood Shah Rukh Khan ditahan ketika dalam perjalanan ke Chicago. Carian mengenai dirinya di Internet meningkat dengan mendadak pada hari berita itu tersebar. foto-AP

SEKIRANYA pihak Imigresen India mengatakan berhenti dahulu, contohnya kepada, pelakon Hollywood terkenal Tom Hanks di lapangan terbang New Delhi dan kemudian mengurungnya selama lebih 2 jam, sudah tentu rakyat Amerika akan mendapati ia suatu yang mengejutkan dan tidak masuk akal.

Samalah seperti apa yang dirasai oleh orang India terhadap apa yang berlaku keatas ikon Bollywood Shah Rukh Khan yang sedang dalam perjalanan ke Chicago untuk meraikan sambutan hari kemerdekaan India.

Carian di laman web mengenai Shah Rukh Khan ataupun lebih dikenali sebagai SRK meningkat kepada 800% sabtu lepas ketika berita mengenai kejadian itu tersebar luas.

Ia kemudian disiarkan di muka hadapan akhbar-akbahr di India, menduduki carta paling atas dalam laman web Yahoo! India dan forum online mula dibanjiri dengan tajuk seperti "Adakah AS bertindak keterlaluan keatas sesiapa yang mempunyai nama Islam?".

"Saya dimalukan tanpa sebab yang munasabah, saya tidak terfikir mahu menjejakan kaki ke Amerika lagi," kata Shah Rukh Khan.

Peminat-peminat pelakon terkenal Hollywood itu memprotes tindakan tersebut dengan membakar bendera AS dan seorang ahli kabinet India mencadangkan agar para pelawat dari Amerika di negara itu juga tidak dilayan dengan baik.

Berang dengan tindakan pihak Imigresen AS, peminat Shah Rukh Khan membakar bendera negara itu sebagai tanda protes. foto-AP

Dalam pada itu, pihak berkuasa AS mengatakan SRK ditahan selama 66 minit kerana dia dan bagisinya berada dalam penerbangan yang tidak sama.

"Ia adalah satu prosuder yang perlu dipatuhi, ia tidak dijangka sama sekali," kata pegawai tersebut.

Ironinya Shah Rukh Khan baru sahaja habis membuat pengambaran filem mengenai seorang yang berbangsa India menjadi mangsa kepada sifat perkauman yang berlaku di Amerika Syarikat.

0 Komentar untuk "Shah Rukh Khan tidak mahu jejak kaki ke AS lagi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI