JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 18 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 18 OGOS 2009

Pakar forensik diasak peguam wakili Selangor
SHAH ALAM 17 Ogos - Selepas diasak berkali-kali, Pakar Perunding KananPerubatan Forensik tidak menolak kemungkinan Setiausaha Politik ExcoSelangor, Teoh Beng Hock diacah-acah ke tingkap di tingkat 14, PlazaMasalam oleh individu yang ingin menakut-nakutkannya sebelum mendiangtercampak keluar.

Tiada kecenderungan bunuh diri
SHAHALAM 17 Ogos - Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yangditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16Julai lalu tidak mempunyai sebarang masalah psikologi sertakecenderungan untuk membunuh diri.

Pindah wang RM16.1j
KUALALUMPUR 17 Ogos – Seorang pengarah dan pengurus operasi sebuah syarikatperdagangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari iniatas tuduhan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram danPencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 membabitkan pemindahanwang asing berjumlah lebih AS$4.5 juta (RM16.1 juta) tahun lalu.

Tugas luluskan visa diserah kepada Wahid - Saksi
KUALALUMPUR 17 Ogos - Perbicaraan kes rasuah Datuk Wahid Md. Don yangbermula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Tan SriSyed Hamid Albar yang membenarkan bekas Ketua Pengarah Imigresen itumeluluskan Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi pekerja warga Bangladesh padaJun tahun lalu.

Keterangan kakitangan 2 Exco diambil
SHAH ALAM 17 Ogos - Polis hari ini mengambil keterangan dua kakitanganExco Selangor, Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu bagi membantu siasatanlaporan polis yang mendakwa pejabat Exco yang digunakan ahli kongsigelap untuk berbincang mengenai aktiviti haram.

PKFZ: Polis siasat laporan Tee Keat
KUALALUMPUR 17 Ogos – Polis telah memulakan siasatan terhadap dua laporanyang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keatberhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), baru-baru ini.

Bunuh ibu atas 'bisikan' bapa
KUALALANGAT 17 Ogos – Atas alasan menerima ‘bisikan’ daripada bapa yangsudah meninggal dunia, seorang lelaki sanggup mengelar leher ibunyasendiri sehingga mati.

Pemilik kedai kerugian RM200,000
ALORSETAR 17 Ogos - Seorang pemilik kedai menjual komputer kerugiankira-kira RM200,000 setelah 60 buah komputer riba di premisnya di JalanPintu 10, di sini, semalam, dilarikan dua lelaki.

15 samseng ditahan selepas pergaduhan
KUALALUMPUR 17 Ogos – Polis menahan 15 lelaki dari dua kumpulan samseng yangdipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Wawasan,Batang Kali, kira-kira 65 kilometer dari sini, awal pagi tadi.








Pekeliling tegah beri keterangan tak sah
PUTRAJAYA: Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2009 melarangpegawainya memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) selepas waktu pejabat atau di luar pejabat merekaadalah tidak sah dan terbatal, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul GaniPatail.

Siasat semua kes rasuah secara telus
KUALALUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menasihatkanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus menyiasatsemua kes rasuah tanpa mengira kedudukan dan latar belakang seseorang.

Teoh tiada masalah psikologi: Dr Khairul
SHAHALAM: Teoh Beng Hock dikatakan seorang yang bersikap terbuka, senangberbincang serta tidak mempunyai masalah psikologi sehingga bolehmendorongnya untuk membunuh diri, Mahkamah Koroner di sini, semalam,diberitahu.

Keterangan pembantu 2 Exco diambil
SHAHALAM: Polis mengambil keterangan daripada dua pembantu tadbir kepadadua Exco Selangor semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan AhliParlimen Wangsa Waju, Wee Choo Keong dalam blognya yang mendakwapejabat Exco diguna untuk mengadakan mesyuarat dengan kumpulan kongsigelap.

Dakwaan Tee Keat terima RM10j mula disiasat
KUALALUMPUR: Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahmemulakan siasatan berhubung dakwaan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi SdnBhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing bahawa Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Ong Tee Keat menerima 'pinjaman' RM10 juta daripadanya bagiaktiviti berkaitan MCA.

9 sewa tempat ponteng
PASIRMAS: Sembilan pelajar, termasuk tiga perempuan yang sanggup berkongsiwang saku sebanyak RM5 seorang untuk menyewa rumah tumpangan di RantauPanjang, dekat sini bagi dijadikan tempat lepak ketika ponteng sekolah,ditahan pencegah maksiat, pagi kelmarin.

CEO nafi ubah wang haram RM15.9 juta
KUALALUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif dan pengurus operasi sebuahsyarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam,atas lima tuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram membabitkanlebih AS$4.5 juta (RM15.9 juta), pada tahun lalu.

'Menteri benar KP Imigresen lulus VDR'
KUALALUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam,bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar memberi kebenarankepada bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd Don untukmeluluskan visa dengan rujukan (VDR) kepada pekerja warga Bangladeshmenerusi sistem berkomputer, pada tahun lalu.

Pekerja asing cuba rogol gadis diberkas
KUALATERENGGANU: Hasrat pekerja warga Bangladesh untuk melampiaskan nafsuterhadap anak perempuan pemilik gerai berusia 17 tahun tidak kesampaianapabila adik mangsa tiba-tiba muncul di gerai berkenaan, Sabtu lalu
0 Komentar untuk "JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 18 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI