Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal : Sambut hari raya di rumah baru - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal : Sambut hari raya di rumah baru

Sambut hari raya di rumah baru


KEGEMBIRAAN Nik Nur Madihah (kanan) yang dipeluk oleh Mariani di hadapan rumah baru mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa semalam.


KOTA BHARU - Bagi pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, tiada yang lebih baik untuk dijadikan hadiah kepada keluarga menyambut Aidilfitri selain mendapat rumah baru.

Hajat yang sudah terpendam sejak di bangku sekolah untuk menghadiahkan rumah kepada keluarga yang dahulunya menghuni pondok buruk di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa kini tertunai apabila dia menerima kunci rumah banglo setingkat berharga RM130,000 semalam.

"Saya telah berjanji nak menghadiahkan rumah kepada keluarga selepas bekerja nanti tetapi tak sangka Tuhan menunaikan hajat saya itu lebih awal.

"Tahun ini dapatlah kami sambut Aidilfitri di rumah baru,'' katanya sambil memeluk ibu, Mariani Omar, 42, selepas majlis penyerahan kunci rumah itu di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Nik Nur Madihah masih ingat sejak kecil dia bersama keluarga berhari raya di rumah yang sempit dan usang di tepi pantai Pengkalan Chepa itu.

Namun, di sebalik kedaifan hidup keluarga nelayan itu, Nik Nur Madihah menyimpan azam untuk memperbaiki taraf hidup mereka sehingga bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi itu berjaya memperoleh keputusan 19A1 dan 1A2 dalam SPM 2008.

1 Komentar untuk "Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal : Sambut hari raya di rumah baru"

Tahniah nik nur madihah.......

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI