NASIONAL : ISNIN 17 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : ISNIN 17 OGOS 2009

H1N1 kini tahap tenat
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytiharsewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkitivirus selesema babi atau Influenza A (H1N1).


Pengkhianat perlu ditentang
KUDAT16 Ogos – Mana-mana pihak yang mencetuskan isu berbaur perkauman ataumempertikai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan merupakanpengkhianat bangsa dan negara, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bahagian UMNO setuju perlembagaan parti dipinda
PETALINGJAYA 16 Ogos – Hampir semua bahagian UMNO di seluruh negara yang habisbersidang hari ini bersetuju supaya perlembagaan parti itu dipinda bagimenangani gejala politik wang ketika kempen pemilihan.





SPRM bukan gestapo
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan iabertindak seperti 'gestapo' (polis rahsia Nazi) ketika menjalankansiasatan dan akan tetap menyiasat ahli politik yang dikaitkan dengansalah laku rasuah.






H1N1: Tiga lagi kematian
SERDANG 16 Ogos - Tiga lagi kematian akibat selesema babi atauinfluenza A (H1N1) dicatatkan hari ini di seluruh negara menjadikanjumlah terkumpul setakat ini meningkat kepada 62 orang.

Bekalan masih ada
KUALALUMPUR 16 Ogos - Orang ramai masih boleh mendapatkan penutup hidung danmulut di farmasi-farmasi utama di sekitar ibu negara dengan hargaberpatutan.

Tindakan jika naikkan harga penutup mulut, hidung
KUALALUMPUR 16 Ogos - Tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap pembekaldan peniaga yang didapati mengambil kesempatan menaikkan harga penutuphidung dan mulut secara melampau berikutan penularan wabak selesemababi atau influenza A (H1N1).

Pembangkang jangan hanya berprasangka buruk terhadap SPRM
KOTA KINABALU 16 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin menegaskan pembangkang sepatutnya memberi kerjasama dan bukanhanya berprasangka buruk terhadap Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan kes rasuah.

SPRM perlu berani – Hisham
PETALING JAYA 16 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)perlu berani berhadapan dengan cabaran, bukan melepaskan tanggungjawabdengan tidak menyiasat individu yang melakukan kesalahan rasuah keranatekanan politik.

Nafi tolak Chuan How jatuh
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)hari ini menafikan dakwaan mereka menggunakan kaedah gestapo semasamenahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada seorang daripada Excokerajaan negeri Selangor, pada Jumaat lepas.

Kenapa DAP perlu takut?
KUCHING 16 Ogos - Parti-parti pembangkang yang mahu masalah rasuah dinegara ini ditangani dengan lebih serius seharusnya tidak perlu takutdengan langkah-langkah pencegahan dan siasatan yang dilakukan olehSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Perlu ada tindakan tegas
ROMPIN 16 Ogos - Tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana pihaktermasuk pemimpin pembangkang yang terbukti terlibat dalam kegiatanmengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara.

'Lakukan tinjauan mesra, 30 minit pun cukup'
KUDAT 16 Ogos - Barisan Nasional (BN) mampu untuk menang pada PilihanRaya Umum ke-13 (PRU13) jika semua wakil rakyatnya turun padang danmenyelesaikan segala masalah rakyat.

Pelbagai skim insentif untuk pengetua, guru besar
KUDAT 16 Ogos - Pelbagai skim insentif akan disediakan kepada parapengetua dan guru besar di seluruh negara sebagai galakan untukmemajukan sekolah masing-masing.

Saya okey – Muhyiddin
KOTA KINABALU 16 Ogos – ‘‘Saya okey, tiada masalah dan tidak terkejut,”kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menceritakan pengalaman apabilahelikopter yang dinaikinya terpaksa melakukan pendaratan tidak dijadualdi Tuaran hari ini.

Bukan sekat kebebasan bersuara
PETALINGJAYA 16 Ogos - Cadangan mewujudkan undang- undang berkaitan penggunaanInternet bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

Jelaskan prinsip Rukun Negara
MELAKA16 Ogos – Penerangan mengenai prinsip Rukun Negara kepada setiaplapisan masyarakat akan dibuat pada setiap ceramah dan programsepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52 ini.


200 penduduk bantah pembinaan kuil
SHAHALAM 16 Ogos - Kira-kira 200 penduduk Islam di Seksyen 23 di siniberkumpul secara aman di hadapan tapak kuil seluas 0.2 hektar dikawasan perumahan mereka bagi membantah keputusan pembinaan rumahibadat tersebut.

Saya akan beri keterangan hari ini - Ridhuan Tee
KUALALUMPUR 16 Ogos - "Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah datang kepejabat saya Jumaat lepas untuk mengambil keterangan dan saya dipanggilpihak polis untuk memberikan keterangan yang sama esok kerana tuduhanini bersifat peribadi dan tidak berhujah secara akademik."

Guna ilmu cara betul – Dr. M
TRONOH 16 Ogos – Setiap siswazah yang memasuki alam pekerjaan wajarmenggunakan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul demi kebaikanorganisasi dan masyarakat, bukan melakukan perkara-perkara yangmementingkan diri.

Nelayan hilang, rakan selamat
BACHOK16 Ogos - Seorang nelayan hilang manakala rakannya berjayamenyelamatkan diri selepas berenang hampir lapan jam apabila bot merekakaram kira-kira tiga batu nautika dari Kuala Kemasin, dekat sini, malamtadi.


Pesawat terhempas, juruterbang maut
TAIPING 16 Ogos - Seorang juruterbang warga asing maut apabila pesawatyang dipandunya tiba-tiba menjunam dan meletup lalu terbakar diLapangan Terbang Tekah iaitu merupakan lapangan terbang tertua negara,di sini hari ini.

Lembaga pembangunan dipertimbang di Pahang Tenggara
ROMPIN 16 Ogos - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sediamenimbang cadangan untuk mewujudkan semula lembaga pembangunan bagiPahang Tenggara untuk membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksanakandi wilayah itu.

Giatkan aktiviti penyelidikan
BANGI16 Ogos – Malaysia perlu mempergiatkan aktiviti penyelidikan daninovasi yang berpangkalan di universiti bagi mengejar status negaramaju.

Segera beli helikopter EC725
IPOH16 Ogos – Usaha untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725 yangtertangguh diharap dapat disegerakan bagi mengelakkan negara menanggungkos yang lebih tinggi akibat kenaikan harga pesawat tersebut.

Kesan pelajar disleksiaOleh ANDIKA WAHAB
KUALALUMPUR 16 Ogos – Persatuan Disleksia Malaysia (PDM) meminta KementerianPelajaran mewujudkan penilaian khas di peringkat sekolah rendah bagimengesan pelajar yang menghadapi masalah disleksia.


Puteri UMNO, Utusan Malaysia anjur program persediaan UPSR
TANJONGKARANG 16 Ogos - Seramai 170 murid kawasan Parlimen Tanjong Karangsemalam berpeluang meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaandengan menyertai Program Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) 2009 di sini.

Beri potongan tol musim perayaan
RAUB16 Ogos – Kerajaan menyarankan pengendali lebuh raya memberi potonganbayaran tol kepada pengguna sepanjang musim perayaan akan datang.


Helmy terlepas wang tunai RM1 juta
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Peserta tunggal dalam pertandingan akhir CabaranRM1 Juta 100PLUS, Mohd. Helmy Yusof terlepas peluang menggondol hadiahwang tunai RM1 juta selepas gagal dalam pusingan Rock Master yangberlangsung di Berjaya Times Square di sini semalam.


Kayuh 'gerek' tua keliling Kedah sambut merdeka
ALOR SETAR 16 Ogos - Seorang lelaki berumur 55 tahun sanggup mengayuh'gerek' atau basikal tua mengelilingi negeri ini demi menyemarakkansambutan bulan kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah.


Hentikan spekulasi negatif tentang kami – Akhil Hayy
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Penceramah bebas dan penyanyi nasyid terkenal,Akhil Hayy, 40, yang menikahi penyanyi dan pelakon, Waheeda, 30, mahusegala spekulasi negatif tentang mereka segera dihentikan.


Iqbal Mazlan juara program realiti Pilih Kasih
SEREMBAN 16 Ogos - Muhammad Iqbal Mazlan muncul juara sulung programrealiti televisyen Pilih Kasih yang berlangsung di Kompleks PenyiaranTuanku Muhammad, Sungai Gadut di sini malam ini.








Swasta perlu perbanyak bangunkan prasekolah
KOTAKINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor swasta di negara iniperlu terbabit dalam membangunkan lebih banyak prasekolah di luarbandar bagi membantu kerajaan mencapai sasaran 80 peratus kanak-kanakpelajar mendapat pendidikan awal sebelum ke sekolah biasa menjelang2012.

Budak Sindrom Down antara 3 korban terbaru
KUALALUMPUR: Seorang kanak-kanak Sindrom Down berusia enam tahun yang jugamempunyai masalah jantung adalah antara tiga korban terbaru Influenza A(H1N1), menjadikan angka kematian akibat wabak itu kini mencecah 62orang manakala kes jangkitan meningkat kepada 3,857.

Semua 18 sekolah agama di bawah Jaip cuti awal
PEKAN:Semua 18 sekolah menengah agama (SMA) di bawah Jabatan Agama IslamPahang (Jaip) ditutup seminggu mulai Jumaat lalu diikuti cuti penggalpersekolahan sehingga 1 September depan sebagai langkah membendungpenularan wabak Influenza A (H1N1).

Graduan digesa jangan salah guna ilmu dipelajari
SERIISKANDAR: Graduan universiti mesti sentiasa memberi sumbangan terbaiksama ada dari segi etika kerja, buah fikiran dan pengurusan untukmembawa kejayaan kepada organisasi tempat mereka bertugas.

Akhil Hayy, Waheeda akhiri kontroversi
KUALAKUBU BARU: Selepas melalui beberapa episod penafian mengenai hubungancinta rahsia, pengacara Akhil Hayy, 40, dan pasangannya, penyanyiWaheeda, 30, selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, disini, semalam.

CEO maut pesawat dipandu uji terhempas
TAIPING:Seorang juruterbang warga asing yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)sebuah syarikat penerbangan terbunuh apabila pesawat ringan yangdipandu ujinya terhempas dan terbakar ketika baru berlepas di LapanganTerbang Tekah, dekat sini, tengah hari, semalam.

Juara RPBIC tangkap 17 ikan layar
ROMPIN: Pasukan Hook On C Team 2 yang diwakili Kenneth Lee Wen Hsi dariMalaysia bersama dua rakannya dari Australia, Robert Byron ReidGardiner dan Nicholas Sebastian Brown muncul juara kategori berpasukanpertandingan Royal Pahang Billfish International Challenge 2009 (RPBIC2009), di sini semalam.

Semua aspek diteliti sebelum mansuh PPSMI
TAWAU:Keputusan untuk tidak meneruskan dasar Pengajaran dan PembelajaranSains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat selepaskerajaan mengambil kira dan meneliti semua aspek termasuk pandanganpelbagai pihak, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Melaka cadang lantik hakim syarie wanita
MELAKA:Negeri ini dijangka mencipta sejarah bidang kehakiman syariah, jikacadangannya melantik seorang hakim wanita mendapat persetujuan daripadaMajlis Fatwa Kebangsaan dan Kerajaan Persekutuan.

Bangunan LangkawiFM dibina dalam RMK-10
LANGKAWI:Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedia meluluskanperuntukan tambahan untuk menyegerakan pembinaan bangunan LangkawiFMyang kini terpaksa menyewa di bangunan Tabung Haji kerana tidakmemiliki bangunan sendiri.
0 Komentar untuk "NASIONAL : ISNIN 17 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI