Iqbal Mazlan juara program realiti Pilih Kasih - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Iqbal Mazlan juara program realiti Pilih Kasih

Iqbal juara 'Pilih Kasih' musim pertama


Muhammad Iqbal Mazlan mencium trofinya selepas diumumkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama. - foto THE STAR oleh DARRAN TAN

SENAWANG: Pelakon dan penyanyi sambilan, Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) dinobatkan sebagai juara 'Pilih Kasih' musim pertama, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, di sini, semalam.

Iqbal, 20, yang memperoleh peratusan tertinggi iaitu 39.36 peratus adalah antara lima pelakon yang 'dicari' Rosyam Nor selama 10 minggu program realiti itu berlangsung.

Ia diikuti dengan empat peserta lain iaitu Reza Hasbi (36.27 peratus), Indera Hafiz (31.59 peratus), Nabila Dally (28.45 peratus) serta Wanina Zaki (26.67 peratus).

Lima finalis lain terdiri daripada Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi), Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Bea Rameshan), Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi) dan Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi).

Iqbal yang ditemui sejurus selepas itu berkata, dia sememangnya cukup terkejut dan tidak menyangka akan menjadi juara 'Pilih Kasih'.

Lebih-lebih lagi katanya, dia menduduki tempat tercorot dalam undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan hanya mendapat 0.36 peratus.

"Saya tidak pernah berfikir untuk melangkah sejauh ini apatah lagi menjuarai program realiti ini.

"Apa yang saya tahu, saya mesti membuat yang terbaik di pentas agar menonjolkan bakat lakonan saya," katanya pada sidang akhbar sejurus berakhirnya 'Pentas Akhir Pilih Kasih'.

Sementara itu, Pelakon lelaki dan wanita terbaik 'Pilih Kasih' ialah Sofian Bujang dan Wanina Zaki.

Sofian Bujang dan Bea Rameshan dalam satu aksi persembahan.

Masing-masing menerima trofi dan ditawarkan berlakon dalam dua buah drama bersiri arahan pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima.

Walaupun julung kali diadakan, 'Pilih Kasih' mempunyai daya penarik yang tersendiri.

Misalnya, tayangan drama pendek bersiri 'Mangsa Pemburu' diakhiridengan adegan sepasukan anggota polis berkejaran menangkap seorang penjenayah bertopeng balaclava.

Insiden tersebut adalah berkesinambungan daripada bahagian akhir drama pendek tersebut. Menariknya, lelaki bertopeng tersebut ialah Rosyam Nor sendiri!

Dalam drama pendek itu juga, Iqbal yang memegang watak utama lelaki berjaya berlakon dengan baik sekali.

Malah, persembahan monolog Iqbal berjudul 'Menjadi Pelakon' mendapatpujian daripada dua pengkritik peringkat akhir Pilih Kasih iaitu Dr. Abu Hassan dan Mamat Khalid.

Artis-artis undangan seperti Mazlan Tahir, Zulhairy, Zamzuriah Zahari dan Liyana Jasmay menjayakan persembahan monolog-monolog pada malam itu.

10 finalis Pilih Kasih

Penonton juga turut disajikan dengan persembahan oleh artis jemputan, Akhil Hayy, Azlan & The Type Writer dan Amy Search.

HADIAH-HADIAH

Tempat pertama (Iqbal Mazlan): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat kedua (Reza Hasbi): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat ketiga (Indera Hafiz): Wang tunai RM3,000, trofi, pakej percutian ke Jakarta bernilai RM2,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM600 dan biasiswa pengajiandi Aswara.

Tempat keempat (Nabila Dally): Trofi serta RM1,000.

Tempat kelima (Wanina Zaki) : Trofi serta RM1,000.

Lima peserta teratas tersebut akan ditawarkan kontrak berlakon selama setahun dalam drama dan filem 'Kekasih' terbitan Suhan Movies yang dimiliki oleh Rosyam Nor.

Indera, Iqbal dan Reza dengan trofi dan cek replika masing-masing.



Iqbal Mazlan juara program realiti Pilih Kasih


Iqbal Mazlan (lima dari kanan), dipilih juara dalam pertandingan akhir program Pilih Kasih di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, malam tadi. - UTUSAN/MD. SHAH JEHAN MAAMIN


SEREMBAN 16 Ogos - Muhammad Iqbal Mazlan muncul juara sulung program realiti televisyen Pilih Kasih yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut di sini malam ini.

Pelakon sambilan berasal dari Kuala Lumpur itu berjaya meraih 39.13 peratus daripada 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 50 peratus markah menerusi pelakon dan penerbit program, Rosyam Nor.

Ia melayakkan Muhammad Iqbal membawa pulang hadiah sebuah kereta Naza Suria, wang tunai RM10,000, biasiswa pendidikan, pakej pelancongan serta trofi.

Kemenangan tersebut sememangnya tidak dijangka sejak awal namun tuah peserta itu nyata berpihak kepada kesungguhannya mempamer bakat sepanjang program realiti itu berlangsung.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga Pilih Kasih diraih oleh Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20, dan Abdul Hafiz Abdul Alim, 25.

Sepuluh finalis daripada 20 peserta program tersebut berentap di Pentas Akhir Pilih Kasih itu bagi merebut gelaran juara setelah lebih 10 minggu menimba ilmu dalam seni lakon.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, kata Muhammad Iqbal, kemenangan tersebut menjadi batu loncatan kepadanya untuk bergiat lebih aktif dalam bidang lakonan.

"Saya tidak akan menghampakan Rosyam Nor dan peminat yang mengundi saya dengan melakukan yang terbaik dalam bidang yang saya cintai ini," katanya.

Dalam pada itu, trofi pelakon lelaki dan wanita terbaik Pilih Kasih yang turut dipertandingkan di pentas yang sama menjadi milik Mohamad Sofian Bujang, 24, dan Nur Raihan Mat Zaki, 21.

Pilih Kasih merupakan sebuah program realiti mencari bakat baru dalam bidang lakonan terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Suhan Movie yang ke udara di TV2 sejak 6 Jun lalu.

0 Komentar untuk "Iqbal Mazlan juara program realiti Pilih Kasih"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI