GLOBAL : ISNIN 17 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : ISNIN 17 OGOS 2009


Bantuan bencana taufan tiba
LIUKUEI, Taiwan 16 Ogos - Amerika Syarikat (AS) menerbangkan pesawat keTaiwan hari ini selepas China menawarkan diri untuk menghantar beberapahelikopter bagi membantu menyelamatkan lebih 1,600 orang yang terkandasselama seminggu selepas taufan Morakot melanda kepulauan itu.


Angin kuat halang usaha padam api
SANFRANCISCO 16 Ogos - Satu kebakaran besar melanda California semalam,dengan usaha-usaha untuk mengawal api sejak minggu lalu telah dihalangoleh angin kuat selain faktor kawasan tanah, menurut agensi rasmipencegahan kebakaran Calfire.

Gempa bumi 6.9 Richter di Sumatera
JAKARTA16 Ogos - Seramai tujuh orang cedera selepas gempa bumi kuat berukuran6.9 pada skala Richter menggegarkan barat Sumatera, Indonesia hari ini,kata seorang pegawai.

Sumber dana Noordin Mat Top disiasat
SEMARANG 16 Ogos - Polis Indonesia sedang menyiasat sumber dana kepada rangkaian keganasan yang diketuai Noordin Mat Top.

Polis Indonesia buru Saifuddin Jaelani
JAKARTA 16 Ogos - Polis Indonesia sedang memburu Saifuddin Jaelani,seorang guru agama yang dipercayai merekrut dua pengebom berani matiHotel JW Marriott dan Hotel Ritz- Carlton 17 Julai lalu.

Kanada sedia dana RM241j henti industri babi
WINNIPEG, Manitoba 16 Ogos - Kanada akan memperuntukkan sehingga C$75juta (RM241 juta) bagi menggalakkan penternak babi berhenti beroperasiselain menawarkan pinjaman untuk membantu menstruktur semula ladangbabi yang berdaya maju.

Taliban ancam gagalkan pilihan raya
KANDAHAR, Afghanistan 16 Ogos - Taliban hari ini buat pertama kalinyamengancam untuk menyerang stesen pembuangan undi Afghanistan,menggiatkan lagi usaha mereka untuk menggagalkan pilihan raya pentingminggu ini selepas menyerang NATO di tengah bandar Kabul.


Hilary Duff lakukan kerja amal
BOGOTA 16 Ogos - Penyanyi dan juga pelakon, Hilary Duff memulakanprogram Blessings in a Backpack di Colombia kelmarin denganmengagih-agihkan 3,000 beg makanan kepada kanak-kanak miskin di sebuahsekolah di daerah selatan ibu kota ini.

Jet Li bantu mangsa Taufan Morakot
CHISHAN, Taiwan 16 Ogos - Pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li turut samamemunggah bekalan-bekalan bantuan dan menghiburkan mangsa-mangsa taufanMorakot semalam, tatkala rakyat Taiwan berdepan dengan banjir dan tanahruntuh yang mungkin telah mengorbankan 500 mangsa.


Madonna rai ulang tahun kelahiran ke-51 di Poland
WARSAW, Poland 16 Ogos - Para peminat bersama-sama menyanyikan laguselamat hari ulang tahun kelahiran Madonna semasa konsertnya yangberlangsung di sini semalam, sejam sebelum beliau menjangkau usia 51tahun.








41 maut khemah kahwin hangus
BANDARAYAKUWAIT: Sekurang-kurangnya 41 wanita dan kanak-kanak maut selepas satukebakaran memusnahkan sebuah khemah dalam masa tiga minit pada satumajlis perkahwinan, di ibu negara Kuwait, semalam.

Shah Rukh Khan boikot Amerika
ATLANTICCITY: Superstar Bollywood, Shahrukh Khan, tidak lagi teringinmenjejakkan kaki di Amerika Syarikat selepas diberi layanan buruk olehpegawai imigresen negara itu.Aktor itu juga menolak untuk meminta pegawai berkenaan meminta maafselepas pihak berkuasa negara itu menafikan kejadian itu berlakuseperti yang diberitahu beliau.

Macam-Macam: RM1.8j untuk semadi sebelah kubur Monroe
LOSANGELES: Sebuah lokasi perkuburan terletak bersebelahan pusara bintangHollywood, Marilyn Monroe di Westwood Village Memorial Park di LosAngeles yang dilelong di eBay, mendapat tawaran awal AS$500,000 (RM1.8juta) dan harganya dijangka meningkat.

Taliban ancam serang pusat undi
KANDAHAR: Pergerakan Taliban mengeluarkan ancaman menyerang pusat pengundian,meningkatkan lagi amaran kepada rakyat Afghanistan agar memulaukanpilihan raya Presiden Afghanistan minggu ini.

Myanmar bebas rakyat AS
YANGON:Junta tentera Myanmar membebaskan seorang warga Amerika Syarikat (AS)semalam hasil rundingan dengan seorang senator AS, dalam langkahdianggap aktivis prodemokrasi sebagai kemenangan propaganda bagiYangon.

Arroyo batal tempah jet mewah
MANILA: Presiden Filipina, Gloria Arroyo dilaporkan membatalkan tempahan sebuahjet presiden berikutan bantahan umum mengenai dakwaan gaya hidup mewahbeliau ketika krisis kewangan sekarang.

Taiwan tunggu bantuan untuk mangsa taufan
SHIAOLIN: Taiwan dilaporkan menanti bantuan kemanusiaan dari AmerikaSyarikat, China dan negara lain ketika penduduk kampung masih bersedihdengan kematian ratusan saudara dan rakan mereka dalam ribut terburukyang melanda pulau itu dalam tempoh 50 tahun.

2 helikopter bawa tentera Filipina dibedil
ZAMBOANGA: Dua helikopter yang membawa pegawai kanan tentera Filipina dibedilketika terbang rendah di pulau Basilan semalam, menyebabkannya terpaksamelakukan pendaratan kecemasan.

Shilpa marah topeng muka mahal
NEWDELHI: Aktres Bollywood, Shilpa Shetty menyuarakan kemarahannyaterhadap ahli perniagaan yang dianggap mengeksploitasi keadaan denganmenjual topeng muka pada harga tiga kali ganda lebih tinggi ketikakeadaan selesema babi bertambah buruk di banyak kawasan di India.

Jennifer Aniston bersenam malam
LONDON:Aktres Hollywood, Jennifer Aniston dilaporkan terlalu mengambil beratterhadap penampilan fizikalnya sehingga sanggup bangun bersenam padatengah malam setiap hari
0 Komentar untuk "GLOBAL : ISNIN 17 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI