"Penulis tidak tahu nak kata apa pasal Pasma. Akan tetapi ramai yang kata PasMA adalah “DURI DALAM DAGING .”
Duri dalam daging PAS ke. Sudah barang tentu, kerana setakat hari ini orang pas Ma cuba dengan sedaya upaya memburuk buruk presiden yang mereka siqah selama ini.
Setahu penulis orang yang benci Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, tidak lain dan tidak bukan ialah orang umno.
Sememangnya musuhlah yang benci pada musuhnya. Tetapi sekarang ini musuh yang memusuhi presiden PAS nampaknya orang PAS sendiri.
Yang peliknya para ahli jawatankuasa sendiri yang menjadi musuh ketat kepada presiden dan umno nampaknya membisu seribu bahasa.
Kalau dahulu umno berhempas pulas untuk menjatuhkan Haji Hadi Awang dalam Pas miskipun dia bukan presiden.
Semasa ustaz Fadzil Noor jadi presiden umno berusaha sedaya upaya untuk jatuhkan Haji Hadi Awang pada hal dia hanya timbalan presiden.
Usaha umno selama ini nampaknya telah disambung oleh orang Pas sendiri dalam suatu perancangan sulit agenda umno yang mahu hapuskan Haji Hadi Awang dalam PAS.
Tidak mustahil usaha jahat ini akan berolah kejayaan menerusi PasMA dan kerjasama umno memasukkan orang umno jadi ahli PAS.
Untuk tidak Nampak ketara sangat pihak berkenaan semomokkan bahawa Hadi Awang mahu tubuh kerajaan dengan umno lantas mempemerkan gambar gambar Hadi berpeluk dengan Najib.
Gambar gambar yang dipaperkan itu seolah olah sebagaio bahan bukti yang Hadi ini mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan umno .
Penulis ingat lagi, akhbar mingguan Malaysia pernah menyiarkan gambar Hadi dan Tan Sri Wan Mukhar makan bersama dalam suatu majlis anjuran kerajaan Terengganu dengan tujuan orang membenci Haji Hadi Awang.
Kini PasMA yang kononnya untuk menyelamatkan pakatan rakyat memainkan peran aktivit untuk memburuk buruk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Tidak dinafikan nama presiden PAS sudah mula menjadi sendikit busuk dan tidak mustahil dia akan terus busuk hasil jajaan PasMa yang sudah masuk berkempen di negeri kelahiran presiden senddiri.
Penulis di beri, sudah ada ahli ahli jawatankuasa kawasan kawasan di lapan kawasan di Terengganu yang bersekongkol untuk jatuhkan presiden PAS yang juga timbalan presiden ulama sedunia itu.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
0 Komentar untuk "PasMA duri dalam daging?"