Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap lewat malam semalam di Subang Jaya, mengakhiri siri ceramah sebelum kembali ke Mahkamah Persekutuan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Oktober, 2014.
Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes liwat yang bermula hari ini bergantung kepada sama ada Mahkamah Persekutuan menerima keterangan dua pakar DNA luar negara atau pakar kimia kerajaan, kata peguambela ketua pembangkang itu.
Peguam Ram Karpal Singh berkata, Anwar mungkin dibebaskan jika mahkamah mengambil kira keputusan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang menerima keterangan pakar DNA luar, Profesor David Lawrence Wells dan Dr Brian Leslie McDonald, bahawa sampel diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan itu diragui.
Zabidin membebaskan Anwar selepas mahkamah tidak "100% yakin" dengan integriti ujian sampel DNA Saiful atas alasan barang bukti mungkin diragui sebelum diserahkan kepada ahli kimia.
Bagaimanapun, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Baliah Yusof Wahi pada 7 Mac lalu berpendapat sebaliknya selepas meneliti pandangan pakar kimia kerajaan, Dr Seah Lay Hong dan Siti Aidora Saedon.
Mahkamah Rayuan berpendapat Seah dan Siti Adora saksi layak kerana mempunyai kelayakan profesional dan pengalaman yang mampu memperoleh profil DNA yang tepat mengaitkan Anwar dengan pertuduhan kes.
Panel lima hakim akan mendegar rayuan Anwar hari ini, percubaan kedua bekas timbalan perdana menteri itu ke peringkat tertinggi mahkamah bagi mengenepikan tuduhan liwat.
Pada September 2004, Anwar menang dalam rayuan terakhirnya dengan keputusan majoriti 2-1 atas dakwaan meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar di pangsapuri Tivoli Villa, Bangsar.
Kali ini, Anwar dituduh dengan kesalahan sama di sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.
Menurut Ramkarpal (gambar, kanan) yang pernah bersama ayahnya, mendiang Karpal Singh dalam perbicaraan dan di mahakamh rayuan, peguambela akan mengemukakan hujah sebelum Mahakamah Persekutuan putuskan Anwar perlu digugurkan daripada dakwaan tanpa dipanggil membela diri.
Zabidin mendapati kredibiliti bukti Saiful adalah kukuh, dengan sokongan keterangan Saiful, integriti dan rantaian bukti yang berkaitan dengan beberapa sampel tidak tercemar atau diragui.
"Kami akan yakinkan hakim, berdasarkan bukti dan hujah sebelum ini, bahawa hakim silap mengarahkan Anwar masuk ke peringkat pembelaan," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu kepada The Malaysian Insider.
Zabidin hanya membebaskan Anwar selepas mahkamah tidak dapat "diyakinkan 100%" mengenai integriti sampel diambil daripada ujian DNA Saiful atas dasar bukti mungkin sudah dikompromi sebelum diserahkan kepada ahli kimia.
Pasukan pendakwaan diketuai peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar, kiri) dijangka bersungguh-sungguh mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan Anwar dengan hukuman penjara pada Mac lalu.
Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan diketuai Balia, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh berkata Zabidin gagal meneliti analisis secara kritikal daripada saksi pembelaan Wells dan Dr McDonald.
"Ini merupakan kesilapan serius dan pendekatan yang sepatutnya tidak diambil kira hakim apabila meneliti bukti dengan adil," kata penghakiman itu.
Dua saksi dipanggil mengemukakan pendangan mengenai bukti dan laporan yang disediakan Dr Seah dan Siti Aidora.
Panel hakim berkata, hakim perbicaraan mudah menerima bukti dua saksi luar yang dilabelkan mereka sebagai "pakar yang hanya pandai berteori".
Wells mencadangkan sampel mungkin tercemar dan DNA Anwar dimasukkan ke dalam.
Kedua-dua saksi itu berkata, tidak mungkin air mani masih boleh diambil selepas 36 jam serangan seksual itu berlaku.
Katanya, dalam kes ini adalah mustahil sel sperma boleh diperoleh daripada dubur Saiful kerana diambil 56 jam selepas kejadian.
Ini disebabkan tindakan bakteria dalam dubur selepas 54 hingga 58 jam mungkin menjejaskan spesimen.
Mereka juga berkata, pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu dalam almari besi dan menyebabkan barang kes tercemar.
Namun, mahkamah rayuan mengakui Dr Seah dan Siti Aidora adalah saksi yang cekap kerana memenuhi kelayakan profesional serta berpengalaman.
Disebabkan itu, hakim tidak ragu-ragu membuat kesimpulan Dr Seah dan Siti Aidora mampu mendapatkan sampel profil DNA dengan tepat yang mengaitkan Anwar dengan kesalahan dakwaan.
Pada masa sama, hakim tidak banyak memihak kepada kesimpulan yang diperoleh dua pakar asing yang memperoleh sumber pengetahuan daripada buku teks dan jurnal.
Menurutnya, Jude hanya memotong beg plastik lutsinar untuk mengeluarkan bekas (mengandungi sampel air mani) untuk diletakkan ke dalam sampul berasingan dan disebabkan itu memutuskan barang kes itu dicurigai.
"Perubahan sampel air mani yang tidak tercemar tidak dapat dibuktikan," katanya.
Penghakiman Mahkamah Rayuan juga mendapati hakim terlepas pandang bukti Wells semasa soal balas mengakui dirinya tidak dapat membuktikan bekas itu pernah terusik sebelumnya.
Panel juga melihat Dr Seah tidak dapat mencari sebarang bukti perubahan, jika tidak perkara itu pasti akan dicatatkan dalam laporannya.
Peguam M Visvanathan berkata, isu utama kes ini adalah tempoh 2 hari diambil Saiful membuat laporan polis menuduh Anwar menyerangnya secara seksual.
Katanya, sampel yang diperoleh daripada Saiful dianalisis Dr Seah di peringkat akhir kira-kira 96 jam selepas insiden itu.
"Sampel tidak berada dalam keadaan steril. Ia diambil daripada dubur dipenuhi bakteria yang boleh menjejaskan unsur organik seperti air mani," kata peguam yang pernah mengendalikan kes liwat dan rogol itu.
Beliau menyifatkan cebisan bukti kes ini sebagai "tidak ada kredibiliti dan ajaib".
"Saya tidak memihak kepada Anwar tetapi berdasarkan prinsip perundangan dan bukti kes ini, pasukan peguamnya mampu meyakinkan mahkamah dengan harapan kes ini dapat ditolak," katanya.
Visvanathan berkata, pihak pendakwaan perlu membuktikan kes ini melangkaui keraguan munasabah, dan meletekkan kes ini ke tahap lebih tinggi.
"Pada masa sama, pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan supaya Anwar dapat dibebaskan," katanya.
Katanya, panel perlu membuat keputusan sama ada hakim perbicaraan membuat tindakan betul apabila menerima pendapat pakar luar atau percaya kepada mahkamah rayuan berdasarkan bukti pakar kimia.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen (gambar, kanan) melahirkan kebimbangan terhadap peguam N Surendran yang terpaksa meninggalkan tugasnya selepas dikenakan pertuduhan Akta Hasutan berkaitan kes Anwar.
Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai merupakan salah seorang ahli pasukan peguambela Anwar dalam kes ini.
"Persoalan timbul mengenai situasi pihak pembelaan Anwar apabila Surendran masih menghadapi dua pertuduhan hasutan kerana mengulangi hujah pembelaan anak guamnya yang mengatakan prosiding kes ini merupakan konspirasi politik," katanya.
Paulsen berkata, persoalan sama juga dibangkitkan terhadap keseluruhan pihak pembelaan yang berkemungkinan menghadapi tuduhan hasutan kerana membawa isu konspirasi politik di peringkat pembelaan.
Sebelum ini, Karpal didakwa menghasut semasa membela Anwar pada tahun 2000 kerana mengeluarkan kenyataan dalam mahkamah (walaupun pertuduhan itu akhirnya digugurkan Peguam Negara).
Surendran dijangka mengemukakan teori konspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu menamatkan karier politik Anwar serta penglibatan Saiful sebelum pertuduhan liwat dikemukakan.
Semasa perbicaraan, Saiful mengakui berjumpa Najib di kediamannya sebelum membuat laporan polis mendakwa diserang secara seksual.
Anwar, 67, yang dikenakan hukuman lima tahun penjara kini diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Barisan pendakwaan turut memfailkan rayuan balas supaya tempoh hukuman penjara terhadap Anwar ditingkatkan.
Karier politik Anwar akan berakhir apabila gugur kelayakannya sebagai wakil rakyat, jika hukumannya dikekalkan dan didenda melebihi RM2,000 atau melebihi setahun penjara dan tidak mendapat mengemukakan rayuan. – 28 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nasib-anwar-dalam-rayuan-kes-liwat-ditentukan-keterangan-pakar-kata-peguam#sthash.XFHWSOJa.dpuf

0 Komentar untuk "Nasib Anwar dalam rayuan kes liwat ditentukan keterangan pakar, kata peguam"