Penjara jasa terakhir saya kepada Malaysia, kata Anwar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penjara jasa terakhir saya kepada Malaysia, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Subang Jaya, malam semalam. Beliau memberitahu hukuman penjara yang bakal dihadapinya satu 'pengorbanan kecil' ke arah perubahan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Oktober, 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hukuman penjara kali kedua yang bakal dihadapinya sebagai jasa terakhir kepada Malaysia, semasa berucap kepada penyokongnya malam tadi.‎

Anwar menyeru penyokong Pakatan Rakyat (PR) terus berjuang dan tidak patah semangat sekiranya beliau dipenjarakan buat kali kedua.

"Saya tidak mahu ke penjara tetapi jika dipaksa, saya pergi sambil melawan sebuah kerajaan korup.

“Ini pengorbanan kecil yang perlu saya lakukan," katanya ketika berucap di Stadium 3K di Subang Jaya, dalam ucapan yang mungkin terakhir sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman bersalah terhadap beliau.
Terdahulu, Anwar menyentuh pengorbanan kecil dilakukan pelbagai pihak dalam usaha melihat perubahan dalam masyarakat Malaysia, termasuk ditangkap.

Menurut Anwar, disebabkan ini, beliau menolak tawaran sahabatnya di Turki dan United Kingdom membolehkannya hidup dalam buangan.

“Jika ini jasa terakhir saya kepada rakyat Malaysia, kepada golongan muda, ia merupakan pengorbanan yang kecil." – 28 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penjara-jasa-terakhir-saya-kepada-malaysia-kata-anwar#sthash.9GxiwXiR.dpuf
0 Komentar untuk "Penjara jasa terakhir saya kepada Malaysia, kata Anwar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI