Kenyataan Rasmi PRIME CARE berhubung buku MSO tentang kejatuhan PAS Kedah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kenyataan Rasmi PRIME CARE berhubung buku MSO tentang kejatuhan PAS Kedah


Kenyataan Akhbar

AlhamduliLlah, program Bedah: Inside Story Buku Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah, anjuran Prime Care berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah walaupun sedikit tegang. Pelbagai hujah balas fakta berkaitan buku tulisan Saudara Mohd Sayuti Omar (MSO) ditimbul dan diperbetulkan oleh hadirin yang rata-rata hadir dari seluruh Malaysia.

Prime Care berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh panel, MSO, moderator, Dr Mazli, dan juga hadirin dalam memastikan program pada malam ini berjalan dengan baik.

Prime Care juga menyambut baik rumusan punca kejatuhan Kerajaan Negeri Kedah yang ditadbir oleh PAS bahawa faktor utama kejatuhan Kerajaan PAS Kedah bukanlah semata-mata berpunca daripada Mantan Menteri Besar, ataupun Presiden Pas, sebaliknya semua pihak perlu mengambil pengajaran termasuk Dato' Ir Phahrol Razi. Malah kesilapan Dato Ir Phahrol dalam menyemarakkan perbezaan pendapat dalam Pas melalui penubuhan Pasma perlu dihentikan serta-merta.
Niat baik MSO untuk kembali meneliti dan memperbetulkan kesilapan fakta di dalam buku tersebut juga disambut dengan penuh minat malah dinanti-nantikan oleh semua pihak yang mencermati kisah pergolakan politik di Negeri Kedah juga mereka yang mengikuti buku tulisan MSO itu sendiri. Terutamanya fakta penting berkaitan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak perlu diperbetulkan agar tidak menimbulkan salah faham ramai terhadap arwah. Jika kesilapan ini tidak diperbetulkan, maka buku ini tidak sesuai diwacanakan dan tidak relevan dijadikan rujukan ilmiah.
Akhir sekali, Prime Care berpendapat agar program wacana dan perbincangan seperti ini dapat dihentikan terutama oleh pihak Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah yang masih gagal menyekat Dato Phahrol yang terus menerus menjaja fakta yang mengelirukan. Wacana yang sihat, mengutamakan fakta yang sahih dan boleh diterima pakai.
Abdul Syukur
Setiausaha,
Prime Care Malaysia
0 Komentar untuk "Kenyataan Rasmi PRIME CARE berhubung buku MSO tentang kejatuhan PAS Kedah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI