Harap PasMa Nafikan 5 Agenda Ini. - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Harap PasMa Nafikan 5 Agenda Ini.


Artikel"Saya tak setuju jika kita kata PasMa hanya isu remeh yang tak perlu dilayan atas alasan penggerak dan penyokongnya tak seberapa. Kita kena ingat, golongan yang tidak seberapa ini jika istiqamah menjalankan misi dan visinya, akhirnya akan jadi cukup mencabar sehingga mampu membelah dua PAS. Apatah lagi jika mereka sanggup menjaja fitnah sepertimana perangai  UMNO. Saya agak terkejut apabila dalam mesyuarat peringkat cawangan saya sudah ada simpatisan PasMa.
Saya berpendapat larangan melibatkan diri dengan aktiviti PasMa adalah tepat. Namun saya bimbang kader-kader PasMa yang ‘pandai ‘ berhujah mampu mendoktrin ahli-ahli PAS terutama yang berada di peringkat kawasan dan cawangan.
Saya pun hairan bagaimana segelintir ahli PAS boleh termakan dek agenda PasMa. Bukankah motif penubuhan PasMa mudah dibaca. Aktivitinya adalah siri-siri memburukkan pemimpin PAS dan golongan ulama.  Itulah yang dapat kita lihat dan dengar melalui forum-forum mereka.
Apabila ulama-ulama pelapis bangkit mempertahankan kepimpinan ulama, mereka mula memberi persepsi buruk kepada ulama muda. Sebab itulah ulama muda seperti Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustaz Nik Abduh dan ulama dalam Dewan Pemuda disindir sebagai jumud dan gelojoh.
Memetik kembali pandangan saya terhadap kewujudan PasMa, saya rumuskan beberapa perkara:
1.       PasMa  ditubuhkan dengan andaian  jahat bahawa Presiden  akan ber-UG dengan UMNO.
2.       PasMa ingin menolak Presiden dan golongan ulama daripada menerajui kepimpinan PAS.
3.       PasMa akan menjadi galang-ganti jika PAS keluar atau dikeluarkan daripada PR.
4.       PasMa adalah platform jangka panjang  sebagai persediaan untuk memenangkan golongan mereka dan menjatuhkan golongan ulama dalam pemilihan muktamar ke-61.
5.       PasMa juga menjadi platform politik  jika golongan mereka tewas dalam pemilihan tersebut.
Kelima-lima elemen di atas menyebabkan kepimpinan PasMa khususnya Pahrolrazi dan Khalid Samad amat mempertahankan PasMa walaupun terpaksa menyanggah MSU dan Presiden. Mereka sanggup ‘berjuang by hook or by crook’  kerana berdasarkan riak rasa muktamar lalu, mereka yakin bahawa golongan anti kepimpinan ulama tidak mampu berada sebaris lagi dalam AJK PAS Pusat pada pemilihan 2015 nanti.
Maka, PasMa akan terus bergerak atas dua desakan. Pertama, bergerak habis-habisan sebelum muktamar ke-61 agar majoriti perwakilan akan bersama dengan mereka pada masa itu. Kedua, sekiranya mereka tewas, survival politik mereka akan dihidupkan melalui PasMa. Mungkin pada masa itu PasMa akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang menolak PAS dari PR. Inilah yang dinanti-nantikan oleh PKR dan DAP.


Justeru ,PAS perlu mengadakan siri-siri  penerangan walaupun bagi sesetengah pendapat PasMa ini tidak perlu dilayan. Bukankah kita yang mengatakan PasMa ini seperti kemuncup?  Kalau sudah tahu kemucup, hendak tak hendak terpaksalah kita ambil sedikit masa untuk menanggalkan kemuncup ini. Selepas habis kemuncup ini, barulah sedap mengatur langkah dengan tangkas. Tak sayugialah  kalau kita   terus berjalan dengan kemuncup penuh di kaki seluar.
Tulisan saya tidak semestinya benar. Pendapat saya adalah melalui bacaan, apa yang saya dengar, perbualan,  ilmu politik dan naluri saya. Tuan-tuan buatlah penilaian sendiri melalui ilmu dan maklumat secara jujur demi kelangsungan perjuangan ini. Sekiranya pandangan saya silap dan serong, sedarkan saya melalui hujah-hujah yang mampu mendidik saya. Sekiranya pandangan saya menghampiri kebenaran dan ada kebaikan, maka ‘bekerjalah’ untuk menyelamatkan PAS.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 BayangDiAir
0 Komentar untuk "Harap PasMa Nafikan 5 Agenda Ini."

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI