Tak ada perbincangan usul undi tidak percaya - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tak ada perbincangan usul undi tidak percaya

SHAH ALAM - Tidak ada sebarang perbincangan usul undi tidak percaya ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menurut Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

Bercakap kepada Sinar Harian Online, Khasim mengesahkan Pas Selangor tidak ada menerima sebarang notis mengenai perkara tersebut.  

“Proses buang undi hanya boleh dilakukan melalui sidang Dewan Undangan, tidak ada sebarang notis surat daripada Dewan Undangan diterima oleh pihak kami setakat ini.

“... Pihak Pas tidak pernah membincangkan mengenai hal ini bersama Adun Selangor. Jika kami sudah dijemput untuk membuang undi sekali pun, kami perlu berbincang sesama kami terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” jelasnya.

Mengulas mengenai pelawaan terhadap Abdul Khalid untuk menyertai Pas, Khasim berkata, ia terpulang kepada Abdul Khalid dan juga parti untuk sama-sama membuat keputusan.

Dalam pada itu, cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan kenyataan daripada Adun Pas Selangor yang lain tidak berhasil.

Malah separuh daripadanya bertindak mematikan talian panggilan dan menutup telefon bimbit untuk mengelak daripada terus dihubungi.
0 Komentar untuk "Tak ada perbincangan usul undi tidak percaya"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI