Bekas menteri Kabinet Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) tidak menolak keadaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tergantung berlaku sekiranya PAS dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bergabung dengan Umno.
Perkiraan Rais itu mengambil kira situasi apabila PAS bersama Khalid menyertai Umno sekali gus menjadikan mereka memiliki 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), sementara PKR dan DAP juga memiliki 28 Adun.
Bagaimanapun, beliau yang juga pakar Perlembagaan berkata, situasi tersebut tidak memberikan masa depan yang baik kepada rakyat Selangor, khususnya untuk menangani isu berbangkit seperti air, perumahan dan lain-lain.
"Kalau diteruskan kedudukan Khalid, senario ini tidak akan memberi masa depan yang diharapkan rakyat Selangor. Isu air sekarang memerlukan kerajaan negeri yang tangkas dan efisien sekali gus memerlukan majoriti kuat.
"Kalau 28-28, bagaimana hendak mendepani isu air, perumahan dan Bajet yang harus dibentangkan hujung tahun ini. Kita tidak nampak kerajaan negeri di bawah Khalid boleh meluluskan rang undang-undang kewangan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.
Rais berkata, walaupun terdapat beberapa Adun yang melompat menyertai gabungan PAS dan Barisan Nasional (BN), ia masih tidak mencukupi kerana tidak memiliki majoriti dua pertiga.
"Katakan juga ada seorang dua `lari' kepada gabungan PAS-BN, menjadikan 30 Adun pula.
"Namun ini masih belum kukuh sebab kalau hendak pinda Perlembagaan perlukan majoriti dua pertiga, kecuali jika pinda undang-undang yang hanya memerlukan majoriti biasa," katanya.
Rais berkata, Sultan memiliki kuasa untuk memilih menteri besar di negerinya sendiri.
"Di bawah Perkara 53 Raja boleh melantik seseorang menteri besar dalam kalangan Adun, asalkan mengikut pendapat baginda orang berkenaan beroleh sokongan majoriti anggota DUN.
"Dalam pada itu, jika dipetisyen untuk undi tidak percaya terhadap Khalid oleh sebilangan Adun, setiausaha Dewan perlu menetapkan usul memanggil sidang yang perlu didengari.
"Jika undi tidak percaya diusulkan dan jumlahnya melepasi 28 undi menyebabkan Khalid kalah, maka Tuanku boleh mengambil perkara ini mengikut kuasa DUN untuk membubarkannya.
"Sebaliknya juga Tuanku boleh menolaknya atas alasan teknikal," katanya.
Khalid ketika ini ditolak partinya dan baru dipecat PKR pada Sabtu.
PKR terpaksa mengambil langkah tersebut selepas usaha mereka mendesak Khalid berundur gagal.
DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi.
Khalid juga bertegas masih menteri besar yang sah di Selangor dan menunggu keputusan Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat bersama Majlis Diraja negeri hari ini. – 11 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dun-selangor-tergantung-jika-pas-khalid-umno-bergabung-kata-rais-yatim#sthash.ajRcYeCq.dpuf

0 Komentar untuk "DUN Selangor tergantung jika PAS, Khalid, Umno bergabung, kata Rais Yatim "