AHLI Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan kenyataannya yang didakwa tidak berasas dan satu provokasi.
Menurut Nasrudin, pendirian beliau itu disebabkan kenyataan berkenaan bukan ditujukan kepada Guan Eng tetapi berkaitan dengan pergolakan di Selangor yang cuba menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Saya sudah menjelaskan panjang lebar mengenai isu ini di Facebook dan memang tidak mempunyai sebarang niat menuduh sesiapa,” katanya kepada media pada majlis rumah terbukanya di Pelindung Perdana di Kuantan, semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, kenyataan Guan Eng untuk menyaman beliau tidak menjejaskannya malah menganggap itu adalah hak ketua menteri berkenaan.
“Itu hak dia dan saya sudah membuat penjelasan panjang lebar melalui Facebook kerana tidak mahu terus memanjangkan isu ini,” katanya.
Nasrudin berkata, beliau akan menghubungi Guan Eng secara peribadi jika perlu untuk memberi penjelasan.
Guan Eng kelmarin memberi tempoh 24 jam kepada Nasrudin untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dianggap menjatuhkan reputasinya jika tidak mahu berdepan tindakan saman.
Sementara itu, Nasrudin dalam Facebooknya menulis 12 perkara bagi memberi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan sebelum itu termasuk isu Lebuh Raya Kinrara–Damansara (Kidex) di Selangor.
“Kenyataan saya tempoh hari sekadar mempersoalkan kenapa wujud perbezaan sikap pada segelintir pimpinan PR sewaktu menjadikan isu Kidex sebagai justifikasi untuk menjatuhkan (Abdul Khalid) di Selangor, sedangkan di hadapan kita terdapat juga isu seperti Projek
Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang tidak kurang kontroversinya.
"Seolah-olah terdapat sikap pilih kasih dan mengambil peluang demi mencapai matlamat tertentu yang sempit,” katanya.
Beliau turut menjelaskan kenyataannya tempoh hari adalah daripada data awam sebagai asas persoalan yang diketengahkan mengenai isu terowong di Pulau Pinang.
“Justeru itu dakwaan kononnya saya melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas sebagaimana yang disebut Guan Eng,” tambahnya lagi.
'Saya akan teruskan saman'
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan meneruskan tuntutan samannya terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan setelah tempoh 24 jam yang diberikan untuk memohon maaf berakhir semalam.
Guan Eng berkata, tuntutan saman itu dibuat berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang dikeluarkan Nasrudin bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel’ di laman Facebooknya, 6 Ogos lalu.
“Setelah diberi 24 jam, saya dapati Nasrudin masih tidak memohon maaf ke atas fitnah yang dibuat ke atas pembinaan terowong di Pulau Pinang.
“Oleh itu, saya akan teruskan dengan tindakan undang- undang terhadap beliau,” katanya.
Menurutnya, apa yang dikesalkan, Nasrudin bukan sahaja tidak mengendahkan tuntutan permohonan maafnya itu, malah sekali lagi mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama, kelmarin.
“Beliau didapati membuat kenyataan yang tidak betul di laman Facebooknya pada 6 Ogos, dan pada keesokan harinya (7 Ogos), melalui peguam saya, kita mengeluarkan surat tuntutan memohon maaf kepadanya.
“Bagaimanapun, Nasrudin dilihat tidak mengendahkan tuntutan yang diberi tempoh 24 jam itu malah sekali lagi mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di laman Facebooknya, semalam (kelmarin),” katanya.
Dalam kenyataannya bertajuk ‘Terowong Dasar Laut- Penjelasan Tuduhan Fitnah’ yang dikeluarkannya kelmarin, Nasrudin menafikan dakwaan Guan Eng yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan fitnah.
Menurutnya, dakwaan Guan Eng kononnya beliau elakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas.
Sebelum ini, Guan Eng memberikan tempoh 24 jam kepada Nasrudin itu untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut dan bajet defisit kerajaan negeri.
Ahli Majlis Syura Pas itu dalam kenyataannya sebelum ini, mengutarakan beberapa persoalan mengenai isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) di Selangor dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Katanya, beliau pelik kenapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibantai teruk kerana projek yang bukan bawah bidang kuasanya, sedangkan Guan Eng tidak, walaupun projek terowong itu di bawah bidang kuasanya.

0 Komentar untuk "Sampai bila konflik Nasrudin-Guan Eng?"