"FAIL cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini, macam mana pula orang lain lebih tahu?," demikian reaksi penerbit dan pengarah drama Erma Fatima mengenai laporan yang mengatakan bahawa kononnya dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Bade.
Memetik laporan sebuah portal hari ini, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 46, menafikan gosip tersebut selain menyifatkannnya sebagai karut.
"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," beliau dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.
Tindakan Erma itu dikatakan berpunca daripada tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu selain wanita berkenaan kini hamil.
Mengulas lanjut, Erma memberitahu bahawa perkahwinannya bersama Bade kekal bahagia seperti dahulu dan tidak timbul sebarang masalah dan enggan melayan gosip ini lagi.
"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.
Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.
Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.

0 Komentar untuk "Erma: Siapa kata saya fail cerai?"