Khalid Ibrahim sudah hilang sokongan majoriti, kata Anwar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khalid Ibrahim sudah hilang sokongan majoriti, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dilihat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu krisis menteri besar Selangor diselesaikan segera agar pentadbiran kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik.

Anwar yang hadir di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, tempat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu akan bermesyuarat hari ini juga, mendesak agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar menghormati keputusan parti dan beliau sudah hilang kepercayaan majoriti.

"Pendirian kami jelas, tetapi kita harus bergerak ke depan. Saya sudah berbincang dengan PAS dan DAP, kita harus selesaikan masalah ini segera supaya pentadbiran negeri dapat berjalan dengan berkesan.

"Saya fikir menteri besar sudah kehilangan kepercayaan parti dan majoriti dan beliau harus menghormati keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat 90 minit dengan pimpinan DAP.
Katanya beliau bertemu pimpinan DAP bagi memastikan semua orang mempunyai cukup maklumat dan memahami isu berkaitan menteri besar itu, begitu juga isu lain mengenai Pakatan Rakyat.

Dia juga akan menemui pemimpin PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendengar pandangan mereka dan mencari jalan menyelesaikan kebuntuan sekarang.

Bagaimanapun, Anwar tidak mengatakan bila dia akan menemui pimpinan PAS.

Gerakan menggantikan Khalid dimulakan PKR berikutan aduan yang diterima mengenai menteri besar dua penggal itu berkenaan caranya mentadbir Selangor tanpa merujuk PKR atau pimpinan Pakatan lain.

Beliau dikritik dalam caranya menguruskan beberapa isu termasuk catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kidex.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang pada pilihan raya kecil awal tahun ini dipersetujui PKR menggantikan Khalid dan sepakatan mengenainya dicapai pada mesyuarat majlis pimpinan Pakatan minggu lepas.

Tetapi Khalid bertegas tidak mahu berundur, mengatakan beliau akan berkhidmat hingga habis penggalnya.

PKR kemudiannya memberi surat tunjuk sebab kepadanya kerana membantah keputusan parti, diikuti tindakan pemecatan yang diambil semalam setelah Khalid enggan menghadiri mesyuarat parti bagi membincangkan kesnya, sebaliknya dikatakan berhasrat membawa kesnya ke mahkamah.

Khalid menerima keputusan PKR memecatnya daripada parti walaupun beliau menyifatkannya sebagai cacat dan salah dari segi undang-undang.

Beliau mengatakan akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan tidak akan membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor dijadual esok. – 10 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-ibrahim-sudah-hilang-sokongan-majoriti-kata-anwar#sthash.VurRuEvq.dpuf
0 Komentar untuk "Khalid Ibrahim sudah hilang sokongan majoriti, kata Anwar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI