MB Kelantan nafi tawar Khalid Ibrahim sertai PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

MB Kelantan nafi tawar Khalid Ibrahim sertai PAS

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob nafi PAS pelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob nafi mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR untuk menyertai PAS seperti dilaporkan media semalam, kata Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Asri berkata, sebaliknya Ahmad yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS apabila ditanya mengenai masa depan Khalid mengatakan itu merupakan hak menteri besar Selangor penggal kedua itu.

“Pemangku ketua DUPP hanya menyatakan ‘itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia’ apabila ditanya tentang masa depan politik Khalid selepas ini,” kata setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Laporan berita yang berkait dengan menteri besar Kelantan merangkap pemangku ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online Mstar adalah tidak tepat sama sekali,” katanya.
Semalam portal berbahasa Melayu milik The Star itu melaporkan Ahmad mempelawa Khalid untuk menyertai PAS.

Menurut Mstar, menteri besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk khalid yang dipecat daripada PKR pada Sabtu kerana masalah disiplin.

"Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana dipecat PKR.

"Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya," katanya seperti dilaporkan Mstar di Kota Baru.

Asri berkata, Ahmad mengatakan Dewan Ulama PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Khalid sebagaimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada jam 8 malam semalam.

“Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama sudah membincangkan hal ini, mungkin mereka yang melaporkan berita tersebut keliru antara Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama,” katanya. – 11 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mb-kelantan-nafi-tawar-khalid-ibrahim-sertai-pas#sthash.aHyBERbB.dpuf
0 Komentar untuk "MB Kelantan nafi tawar Khalid Ibrahim sertai PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI