Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas masih menteri besar Selangor yang sah dan menunggu keputusan daripada Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014.
Jangan cuba tarik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini bukan permainan nombor, penasihat DAP Lim Kit Siang memberi amaran kepada rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menangguk di air keruh.
Katanya, tindakan mengambil kesempatan atas krisis tersebut dengan menawarkan Khalid yang dipecat PKR menyertai parti lain dalam PR, tidak berpendirian dan tidak bermaruah.
"Ia sangat menjengkel dan menjijikkan untuk sesiapa yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh mendapat jawatan tersebut, sekiranya Khalid terus menjadi menteri besar," kata Lim.
Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut tidak berprinsip dan menghormati konsep kesepakatan dalam PR.
"Tiada parti politik atau pemimpin politik yang dihormati akan menimbang cadangan hina itu," katanya.
Lim sebaliknya mahu pemimpin PR menumpukan kepada usaha untuk memulih dan menyakinkan semula rakyat susulan krisis yang berlaku di Selangor.
"Cabaran yang paling besar dihadapi PAS, PKR dan DAP adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan," katanya.
Lim bagaimanapun sedikit lega apabila ketiga-tiga rakan dalam PR menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan tersebut walaupun selepas Khalid dipecat.
"Saya bersyukur ketiga-tiga parti komponen PR menyatakan komitmen kekal bersama walaupun selepas pemecatan Khalid daripada PKR semalam," katanya.
Menurut Lim, krisis di Selangor yang dihadapi ketika ini adalah terburuk dihadapi Pakatan.
"Sama ada Pakatan boleh terselamat dan selesaikan krisis menteri besar dengan cepat bergantung kepada integriti politik dan saling hormat-menghormati dalam Pakatan," katanya.
PKR terpaksa mengambil langkah memecat Khalid selepas usaha mereka mendesak menteri besar dua penggal itu berundur gagal.
DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi.
Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik.
Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid.
Khalid juga bertegas masih menteri besar Selangor yang sah dan menunggu keputusan daripada Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat esok. – 10 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tindakan-tidak-bermaruah-tawar-khalid-sertai-parti-kata-kit-siang#sthash.2PTkn0KZ.dpuf

0 Komentar untuk "Tindakan tidak bermaruah tawar Khalid sertai parti, kata Kit Siang "