Exco tidak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Exco tidak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim

Exco yang tidak menyokong boleh letak jawatan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar khasnya petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, beliau akan bertemu dengan 10 exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.
"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini. – 11 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/exco-tak-suka-saya-boleh-letak-jawatan-kata-khalid-ibrahim#sthash.7Ie6nsCL.dpuf
0 Komentar untuk "Exco tidak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI