Ugutan dipercayai ada kaitan Madrasah Salihiah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ugutan dipercayai ada kaitan Madrasah Salihiah

ALOR SETAR - Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah mendakwa, ugutan terhadapnya dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin ada kaitan dengan isu Madrasah Salihiah.

Beliau yang kecewa dengan kejadian itu menyifatkan kenyataan berkenaan berunsur jenayah dan keterlaluan.

“Ia tidak seharusnya jadi seperti ini kerana isu Madrasah Salihiah itu sudah pun diselesaikan dengan persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ugut tembak MB: Gesa polis siasat FB 'Padi Jantn']

Menurutnya, pihak yang melakukan ugutan itu kemungkinan tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai isu Madrasah Salihiah.

“Mungkin dia tidak ada fakta tetapi main cakap saja. Ingin saya jelaskan sekali lagi, kita sudah bersetuju untuk memilih tapak baharu bagi pembinaan semula Madrasah Salihiah kepada sebuah masjid.

“Masalah ini sudah selesai. Hanya tinggal proses pertukaran hak milik tanah,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Madrasah Salihiah, Mansor Ahmad berkata, pihaknya tiada kaitan dengan insiden itu.

“Kejadian yang berlaku ini mungkin disebabkan rasa tidak puas hati individu tertentu terhadap tempoh penyelesaian dan pembinaan semula Madrasah Salihiah.

“Pada saya, selagi isu itu tidak diselesaikan sehingga proses pembinaan, sudah pasti ada individu yang akan mengambil kesempatan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ugutan-dipercayai-ada-kaitan-madrasah-salihiah-1.299172
0 Komentar untuk "Ugutan dipercayai ada kaitan Madrasah Salihiah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI