BRASILIA: Kepincangan benteng pertahanan Brazil sekali lagi terpancar pada perlawanan penentuan tempat ketiga apabila tewas kepada Belanda 3-0, sebentar tadi untuk menamatkan kempen penuh duka di laman sendiri kali ini.
Belanda yang terdahulu gagal menjaringkan gol dalam tempoh empat jam pada dua perlawanan kalah mati lalu bagai diberikan hadiah untuk mendahului 2-0 dalam tempoh 16 minit pertama.
Gol pertama hadir seawal minit ketiga selepas kapten pasukan, Thiago Silva yang kembali daripada penggantungan satu perlawanan menarik Arjen Robben untuk sepakan penalti pihak lawan yang berjaya disempurnakan oleh kapten, Robin van Persie.
Kemudian satu tandukan hambar oleh David Luiz yang mahu mengeluarkan bola dari zon bahaya hanya memudahkan Daley Blind merembat masuk gol kedua dan Brazil yang melakukan enam pertukaran ke atas barisan yang dibelasah Jerman 7-1 dalam separuh akhir, empat hari lalu tidak memberi sebarang petanda mampu bangkit mencari penawar duka untuk penyokong setia mereka. - Agensi

0 Komentar untuk "Piala Dunia: Brazil hadiahkan Belanda tempat ketiga"