GAZA - Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah terkena bedilan roket Zionis, dalam serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yang memasuki hari kelima.
Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya.
Mungkinkah Zionis menggandakan serangan udara sebagai test market sebelum serangan darat dan laut dilancarkan, bagi melihat reaksi negara dunia.
Jurucakap Hamas di Qatar Husam Badran berkata, ini adalah kali pertama Zionis menyasarkan masjid dalam serangan mereka sejak bermusuhan lebih berabad.
“Pengeboman dua buah masjid di Gaza semalaman menunjukkan bagaimana kejamnya Zionis terhadap umat Islam. Serangan ini dapat membuka mata negara Islam antarabangsa supaya tampil membantu menghentikan serangan dan kekejaman ini,” katanya.
Semalam, media tempatan melaporkan, tentera Israel ada menyiarkan beberapa gambar masjid untuk dibedil menerusi laman media sosial.
Mereka mendakwa kumpulan pejuang Hamas biasanya akan menggunakan masjid sebagai tempat bersembunyi dan menyembunyikan senjata melalui terowong bawah tanah.
Sementara itu, jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Peter Lerner mendakwa, pejuang Hamas biasanya akan meletakkan penduduk Palestin di hadapan masjid bagi mengelakkan dibedil.
“Taktik ini sudah dapat dibaca. Kini, apa juga cara sekali pun kami akan pastikan Gaza musnah seluruhnya. kami hanya menanti arahan pihak atasan untuk melakukan gempuran,” katanya.
Difahamkan sehingga semalam, Hamas sudah melepaskan 700 roket ke Israel dengan 130 daripadanya dapat dipintas oleh Iron Dome milik Israel.
Israel mula meningkatkan tumpuan sasaran di 1,100 kawasan dalam Gaza setiap minit sepanjang tempoh 24 jam sejak lima hari lalu.
Serangan makin sengit itu tidak menunjukkan tanda untuk ia dihentikan dan jauh sekali untuk mengisytiharkan gencatan senjata.
http://www.sinarharian.com.my/global/perbuatan-zionis-makin-kurang-ajar-kejam-1.299031Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya.
Mungkinkah Zionis menggandakan serangan udara sebagai test market sebelum serangan darat dan laut dilancarkan, bagi melihat reaksi negara dunia.
Jurucakap Hamas di Qatar Husam Badran berkata, ini adalah kali pertama Zionis menyasarkan masjid dalam serangan mereka sejak bermusuhan lebih berabad.
“Pengeboman dua buah masjid di Gaza semalaman menunjukkan bagaimana kejamnya Zionis terhadap umat Islam. Serangan ini dapat membuka mata negara Islam antarabangsa supaya tampil membantu menghentikan serangan dan kekejaman ini,” katanya.
Semalam, media tempatan melaporkan, tentera Israel ada menyiarkan beberapa gambar masjid untuk dibedil menerusi laman media sosial.
Mereka mendakwa kumpulan pejuang Hamas biasanya akan menggunakan masjid sebagai tempat bersembunyi dan menyembunyikan senjata melalui terowong bawah tanah.
Sementara itu, jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Peter Lerner mendakwa, pejuang Hamas biasanya akan meletakkan penduduk Palestin di hadapan masjid bagi mengelakkan dibedil.
“Taktik ini sudah dapat dibaca. Kini, apa juga cara sekali pun kami akan pastikan Gaza musnah seluruhnya. kami hanya menanti arahan pihak atasan untuk melakukan gempuran,” katanya.
Difahamkan sehingga semalam, Hamas sudah melepaskan 700 roket ke Israel dengan 130 daripadanya dapat dipintas oleh Iron Dome milik Israel.
Israel mula meningkatkan tumpuan sasaran di 1,100 kawasan dalam Gaza setiap minit sepanjang tempoh 24 jam sejak lima hari lalu.
Serangan makin sengit itu tidak menunjukkan tanda untuk ia dihentikan dan jauh sekali untuk mengisytiharkan gencatan senjata.
0 Komentar untuk "Perbuatan Zionis makin kurang ajar, kejam"