Ya, Negara-Ku ada agenda, kata Ambiga kepada Utusan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ya, Negara-Ku ada agenda, kata Ambiga kepada Utusan

Agenda Negara-Ku adalah untuk menggalakkan perpaduan, keharmonian dan keamanan serta kepada mereka yang dilihat suka mengkritik dan mempengaruhi rakyat Malaysia dengan isu perkauman dan ‎ekstremisme, kata Datuk Ambiga Sreenavasan hari ini.

"Sudah tentu Negara-Ku mempunyai agenda, ia adalah demi keamanan, keharmonian dan perpaduan.

"Sesiapa yang mencintai negara ini patut menyokong agenda berkenaan. Bagi mereka yang mengkritik ‎dan seringkali memesongkan dengan mendesak isu perkauman dan eksremisme sehingga mengancam keamanan negara ini, saya tertanya-tanya apakah agenda mereka pula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu mengulas kenyataan Awang Selamat dalam ruangannya ‎di Utusan Malaysia hari ini yang menyelar penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu dengan mengaitkannya sebagai agenda politik peguam itu.
Awang Selamat, nama samaran yang digunakan bagi kolektif pengarang akhbar milik Umno itu, menuntut Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak permohonan penubuhan Negara-Ku melainkan ia ditukar kepada Agenda-Ku.

‎"Biarlah ia jadi pertubuhan haram, melainkan ditukar namanya kepada Agenda-Ku. Ia lebih sesuai dengan rekod dan reputasi Ambiga,” kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Namun Ambiga menegaskan beliau dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hanya merupakan penaung bagi gerakan tersebut dan menolak dakwaan ia mempunyai agenda peribadi.

"Ia merupakan satu gerakan yang ditubuhkan oleh rakyat prihatin dan NGO dan dipengerusikan oleh Zaid Kamaruddin.

"Kami menerima ‎penghormatan dengan menjadi penaung kerana ia merupakan pada masa yang amat tepat dan paling layak," katanya.

Bekas presiden Majlis Peguam itu menambah apa sahaja tindakan yang diambil oleh RoS mesti selari dengan undang-undang.

Katanya, hasil pemeriksaan ahli Negara-Ku mendapati tiada kesalahan melanggar undang-undang dengan menggunakan nama tersebut.

"Kita sudah mengkaji dan mendapati tiada sebarang halangan undang-undang bagi menggunakan nama Negara-Ku (bukan Negaraku)

"‎Bagaimanapun, pihak kami terus diilhamkan dengan lagu kebangsaan yang indah yang menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira siapa diri kita," katanya.

Beliau berkata, Negara-Ku merupakan satu lagi usaha rakyat prihatin kerana pemimpin langsung tidak mengambil tindakan menghentikan sesetengah pihak yang cuba memusnahkan keharmonian negara.

Sebuah gerakan rakyat baru yang dinamakan "Negara-Ku" dilancarkan pada Khamis bertujuan memulihkan Malaysia serta mengembalikan harapan ketika cabaran masa kini menjejaskan keamanan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Negara-Ku disokong oleh 68 kumpulan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan dimana menyasarkan ‎untuk mengerakkan dan memperkasakan pengetahuan rakyat Malaysia kembali berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan asas, iaitu Perjanjian Malaysia dan Rukunegara.

Ambiga berkata, pergerakan itu bertujuan memberi rakyat maklumat betul untuk memenuhi cabaran yang dihadapi masyarakat Malaysia.

Katanya, ia akan dilakukan menggunakan video, media sosial dan forum serta ceramah untuk memastikan orang ramai mendengar, menyoal dan berfikir.

Namun Awang Selamat berkata Negara-Ku juga dijadikan platform usaha terdesak untuk membantu memulihkan imej pakatan pembangkang, terutamanya PKR dan DAP.

Katanya, selepas gagal dalam banyak cubaan untuk mendapatkan sokongan rakyat, termasuk dalam siri perhimpunan Bersih, Ambiga berselindung atas nama Negara-Ku yang juga merupakan judul lagu kebangsaan.

“Alasan kononnya NGO tersebut mahu memupuk keharmonian, menangani ekstremisme serta rasisme hanyalah sandiwara. Ini satu lagi kejijikan.

“Di Malaysia, sesiapa juga boleh menubuhkan NGO, tetapi janganlah memperalatkan nama Negaraku apatah lagi bagi tujuan politik. Janganlah jadi kaduk naik junjung, yang dikhuatiri boleh mengundang ekstremisme.

“Ramai yang kenal siapa Ambiga. Kemarahan rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam atas beliau berkaitan banyak isu, masih belum reda,” katanya menerusi artikel bertajuk “Agenda Ambiga?” – 13 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ya-negara-ku-ada-agenda-kata-ambiga-kepada-utusan#sthash.W7hHOXPO.dpuf
0 Komentar untuk "Ya, Negara-Ku ada agenda, kata Ambiga kepada Utusan "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI