Ahli Jawatankuasa Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau masih lagi Melayu dan beragama Islam, meskipun menjadi anggota jawatankuasa itu.
Pengerusi Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global itu berkata, sebagai ahli Melayu dalam MKPN, beliau tidak pernah dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
"Keahlian kami dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kami cuba buat yang terbaik.
"Saya tidak pernah rasa dimanipulasi dan tidak rasa saya kurang Melayu dan Islam. Saya tidak risau menjadi anggota MPKN," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa orang Melayu yang menganggotai MKPN pekak dan diperalatkan.
Beliau turut mencadangkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ditukarkan namanya kepada “Muntahik” kerana mencadangkan Perkasa dan Isma diharamkan.
"Wakil Melayu Islam dalam MKPN tidak akan berperanan secara berkesan selain pekak dan diperalatkan. Jumlahnya lebih kecil berbanding puak yang ada niat tertentu.
"Perkasa ingin mengusulkan PAS memohon kepada Majlis Peguam supaya melantik Mujahid sebagai 'Pegawai Barua Majlis Peguam' supaya peranannya lebih berkesan.
"Namanya juga patut ditukar dengan nama baru 'Muntahik' sebagai menghargai cadangannya supaya Perkasa dan Isma diharamkan," katanya.
Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi berkata, tiada anggota dalam jawatankuasa itu yang cuba mengetengahkan isu peribadi.
"Hubungan antara ahli sangat baik, saya tidak rasa kalau ada ahli MKPN cuba meletakkan agenda peribadi mereka," katanya.
Katanya, beliau bersikap terbuka dan mengalu-alukan jika Perkasa ingin turut serta memberikan pendapat dalam menambah baik urusan mereka.
"Kita terbuka, tiada sesiapa yang dikecualikan jika ingin memberikan pendapat," katanya. – 12 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saifuddin-tidak-rasa-kurang-melayu-islam-jadi-ahli-mkpn#sthash.FUVcRrW2.dpuf

0 Komentar untuk "Saifuddin tidak rasa ‘kurang Melayu, Islam’ jadi ahli MKPN"