KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengadakan perbincangan peringkat pertama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal bagi membantu menyelesaikan masalah gelandangan di ibu negara.
Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata selain itu, pihaknya akan mengaturkan satu majlis berbuka puasa dengan golongan kurang bernasib baik itu dalam masa terdekat bagi mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang mereka hadapi.
“Kita tak nak mereka (hidup) bergelandangan. Saya kasihan tengok (gelandangan) kerana saya berjalan di seluruh Kuala Lumpur dan tahu keadaan kehidupan mereka.
"Insya-ALLAH kita akan selesaikan sebaik mungkin kerana kerajaan ini kerajaan yang prihatin terhadap masalah rakyat,” katanya selepas menghadiri program Nur Kasih Ramadan peringkat Parlimen Lembah Pantai di Taman Pantai Indah Fasa 2 di sini, semalam.
Pada majlis yang dihadiri Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin itu, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Surau Al Nurul Hidayah dan sumbangan keperluan asas kepada 500 fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini baru-baru ini berkata, sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan lagi.
Najib berkata, selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu. - Bernama

0 Komentar untuk "Bantu selesai isu gelandangan"