SHAH ALAM - Peranan untuk menyebarkan dakwah dalam kalangan masyarakat bukan sahaja disandarkan kepada mereka mempunyai latar belakang agama, malah mereka yang menjawat jawatan profesional.
Namun, timbul persoalan, adakah golongan profesional ini layak berbicara soal agama memandangkan ilmu hadis dan fiqh contohnya harus dikuasai dengan baik melalui pengajian dan kuliah yang konsisten.
Adakah golongan profesional yang hanya belajar melalui buku atau guru secara tidak konsisten boleh digelar Protaz?
Bagi menjawab persoalan tersebut, Karangkraf melalui Majalah i akan menganjurkan program bertajuk Protaz vs Uspro yang akan menghimpunkan enam panel terkemuka merungkai isu ini.
Editor Majalah i, Sarina Mohd Som berkata, matlamat utama program adalah untuk melahirkan pendakwah walaupun berlainan latar belakang pendidikan yang faham akan tanggungjawab dan limitasi diri sendiri sehingga dapat menyampaikan Islam sesuai dengan kehendak agama.
"Program ini lebih kepada penyampaian ilmu melalui seminar bagi melahirkan pendakwah yang profesional sama ada mereka daripada latar belakang pengajian ilmu Islam atau selain daripadanya," katanya.
Menurutnya, program yang akan berlangsung pada esok ini akan menampilkan tokoh-tokoh yang dipilih bukan sekadar ilmuwan mereka yang memang berada dalam dunia dakwah buat sekian lama.
"Tokoh dan tajuk yang diberikan adalah sesuai dengan latar belakang pengajian dan pengalaman mereka sendiri. Justeru, kelebihan teori dan praktikal dapat disampaikan kepada peserta dengan lebih berkesan.
"Selain itu, panel yang dipilih, arif melalui penulisan dan pengucapan berdasarkan sumber agung ilmu yakni al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri," katanya.
Program Protaz vs Uspro: Realiti Dakwah Masa Depan akan diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/protaz-vs-uspro-realiti-dakwah-masa-depan-1.292117Namun, timbul persoalan, adakah golongan profesional ini layak berbicara soal agama memandangkan ilmu hadis dan fiqh contohnya harus dikuasai dengan baik melalui pengajian dan kuliah yang konsisten.
Adakah golongan profesional yang hanya belajar melalui buku atau guru secara tidak konsisten boleh digelar Protaz?
Bagi menjawab persoalan tersebut, Karangkraf melalui Majalah i akan menganjurkan program bertajuk Protaz vs Uspro yang akan menghimpunkan enam panel terkemuka merungkai isu ini.
Editor Majalah i, Sarina Mohd Som berkata, matlamat utama program adalah untuk melahirkan pendakwah walaupun berlainan latar belakang pendidikan yang faham akan tanggungjawab dan limitasi diri sendiri sehingga dapat menyampaikan Islam sesuai dengan kehendak agama.
"Program ini lebih kepada penyampaian ilmu melalui seminar bagi melahirkan pendakwah yang profesional sama ada mereka daripada latar belakang pengajian ilmu Islam atau selain daripadanya," katanya.
Menurutnya, program yang akan berlangsung pada esok ini akan menampilkan tokoh-tokoh yang dipilih bukan sekadar ilmuwan mereka yang memang berada dalam dunia dakwah buat sekian lama.
"Tokoh dan tajuk yang diberikan adalah sesuai dengan latar belakang pengajian dan pengalaman mereka sendiri. Justeru, kelebihan teori dan praktikal dapat disampaikan kepada peserta dengan lebih berkesan.
"Selain itu, panel yang dipilih, arif melalui penulisan dan pengucapan berdasarkan sumber agung ilmu yakni al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri," katanya.
Program Protaz vs Uspro: Realiti Dakwah Masa Depan akan diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
0 Komentar untuk "Protaz vs Uspro realiti dakwah masa depan"