SALVADOR, Brazil: Perancis semakin hampir melangkah ke peringkat 16 pasukan dalam saingan Piala Dunia selepas kemenangan besar 5-2 ke atas Switzerland yang meletakkan mereka di puncak Kumpulan E.
Perancis memperkukuhkan kemenangan pembukaan 3-0 ke atas Honduras dengan mendahului 2-0 menerusi jaringan Olivier Giroud pada minit ke-16 yang disusuli gol Blaise Matuidi 66 saat kemudian.
Pemain sayap kanan, Mathieu Valbuena memastikan kelebihan milik Perancis dengan gol ketiga sebelum rehat.
Karim Benzema terlepas jaringan penalti pada babak pertama tetapi menemui gawang untuk gol keempat Perancis sebelum Moussa Sissoko meraih gol kelima.
Hanya kehebatan penjaga gol Diego Benaglio menghalang Perancis daripada terus membolosi Switzerland sebelum Blerim Dzemaili dan Granit Xhaka menjaringkan gol sagu hati pada lewat permainan.
Perancis akan mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati jika Honduras menewaskan Ecuador pada perlawanan selepas ini.
Switzerland yang tidak pernah menewaskan Perancis sejak 1992, kini perlu mengatasi Honduras pada Rabu depan untuk layak. Ia menewaskan Ecuador 2-1 pada perlawanan pertama. - AFP
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perancishampirpastimara/pialadunia/Article/index_html
Perancis memperkukuhkan kemenangan pembukaan 3-0 ke atas Honduras dengan mendahului 2-0 menerusi jaringan Olivier Giroud pada minit ke-16 yang disusuli gol Blaise Matuidi 66 saat kemudian.
Pemain sayap kanan, Mathieu Valbuena memastikan kelebihan milik Perancis dengan gol ketiga sebelum rehat.
Karim Benzema terlepas jaringan penalti pada babak pertama tetapi menemui gawang untuk gol keempat Perancis sebelum Moussa Sissoko meraih gol kelima.
Hanya kehebatan penjaga gol Diego Benaglio menghalang Perancis daripada terus membolosi Switzerland sebelum Blerim Dzemaili dan Granit Xhaka menjaringkan gol sagu hati pada lewat permainan.
Perancis akan mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati jika Honduras menewaskan Ecuador pada perlawanan selepas ini.
Switzerland yang tidak pernah menewaskan Perancis sejak 1992, kini perlu mengatasi Honduras pada Rabu depan untuk layak. Ia menewaskan Ecuador 2-1 pada perlawanan pertama. - AFP
0 Komentar untuk "Perancis hampir pasti mara"