RTM pandang serius silap siar logo PDRM - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

RTM pandang serius silap siar logo PDRM

Kuala Lumpur: Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terbabit dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM, kelmarin.

Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran sudah dibuat.
Mohon maaf


“Ralat dan permohonan maaf disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga dihantar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tatatertib bersidang semalam untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.
BERNAMA

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RTMpandangseriussilapsiarlogoPDRM/Article
0 Komentar untuk "RTM pandang serius silap siar logo PDRM"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI