KUALA LUMPUR - Sejak lima tahun lalu, pendapatan negara telah meningkat
kepada RM50 bilion namun ia dibazirkan apabila belanja mengurus kerajaan
turut meningkat dalam tempoh yang sama.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kegagalan kerajaan menguruskan pendapatan negara sejak lima tahun lalu juga menyebabkan belanja pembangunan turut dikurangkan.
"Dari 2009 hingga 2013, semasa pendapatan negara semakin meningkat, malangnya perbelanjaan mengurus juga meningkat.
"... kerajaan Persekutuan berterusan memboros, sepatutnya belanja pembangunan untuk infrastruktur, sekolah dan kemudahan lain ditambah, bukannya belanja pengurusan," katanya dalam Forum 20 Sen di Auditorium Menara MPAJ, di sini, malam tadi.
Menurut Rafizi, peningkatan pendapatan negara lima tahun kebelakangan ini hasil daripada pengeluaran minyak negara.
Namun kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak menyebabkan Petronas terpaksa menyumbangkan lebih RM30 bilion setahun sejak 2008 hingga kini bagi menjana pendapatan negara.
Dalam pada itu, Rafizi menyifatkan pemimpin kerajaan sebagai "boros" kerana meneruskan amalan berbelanja secara tidak berhemah.
Dakwanya, ini termasuk perbelanjaan bagi perjalanan perdana menteri dan isteri ke luar negara, perbelanjaan pelbagai kempen politik termasuk IM4U dan pilihan raya pada PRU13 lalu.
"Sebenarnya kita ada duit, cuma kita tiada disiplin mengawal nafsu, pemimpin kita boros gunakan duit rakyat," dakwanya lagi

0 Komentar untuk "Pendapatan negara meningkat, tapi pemimpin BOROS"