Syor putus hubungan diplomatik dengan Iran tak wajar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Syor putus hubungan diplomatik dengan Iran tak wajar

Kuala Lumpur: Gesaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran untuk menangani ajaran Syiah tidak mencerminkan pandangan kerajaan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata dasar luar negara adalah untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara berlandaskan sikap saling menghormati bagi memupuk hubungan muhibah dan kerjasama dalam semua bidang yang berkepentingan demi manfaat bersama.
Katanya, dalam usaha untuk memperkukuh dan memperluaskan skop serta keakraban hubungan Malaysia dengan negara lain, kerajaan menjadikan interaksi dengan negara yang menjadi rakan kongsi menerusi pelbagai mekanisme dan forum sebagai amalan.


Katanya, gesaan supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran yang menjadi rakan penting bagi Malaysia adalah tidak wajar dan berasas.

Isu domestik

“Perkara yang dibincangkan adalah isu domestik yang perlu ditangani pihak berkuasa di negara ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahad lalu, Wan Zahidi pada Seminar Mendepani Virus Syiah menggesa kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut mazhab itu kerana menyifatkan ajaran Syiah lebih berbahaya berbanding fahaman Komunis.
Anifah menegaskan, Malaysia mengalu-alukan kedatangan warga asing ke negara ini untuk meneroka dan menikmati keindahan dan kepelbagaian unik yang ditawarkan termasuk hospitaliti rakyat serta penyertaan dalam bidang perniagaan.

Katanya, mereka yang berada di negara ini perlu menghormati undang-undang dan peka terhadap sensitiviti budaya dan agama masyarakat negara ini.

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syorputushubungandiplomatiktakwajar/Article
0 Komentar untuk "Syor putus hubungan diplomatik dengan Iran tak wajar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI