PETRONAS runding tetapkan harga minyak mentah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PETRONAS runding tetapkan harga minyak mentah

PETRONAS sedang berunding dengan pengeluar, pembeli dan peniaga untuk membangunkan satu mekanisma penetapan harga baru bagi minyak mentah khusus bagi Asia Pasifik.

Sumber rapat dalam urus niaga itu berkata, langkah berkenaan adalah bagi mencerminkan tahap pembekalan dan permintaan di rantau ini.
Rancangan itu diketengahkan PETRONAS selepas ia menukarkan harga penanda aras harga jualan minyak mentahnya kepada Dated Brent pada Jun 2011, menggantikan penanda aras Indeks Harga Petroleum Asia yang digunakan sebelum ini.


Penanda aras minyak mentah di Asia

Pertukaran itu dibuat bagi memberikan ketelusan harga dan mengurangkan ketidaktentuan harga minyak mentah di Asia.

Langkah itu pertukaran itu juga sekali gus mendorong Vietnam dan Brunei untuk turut menukar penanda aras harga jualan minyak mentah mereka kepada Dated Brent pada tahun berkenaan.

Dated Brent adalah harga penanda aras bagi jualan minyak mentah yang dikeluarkan oleh Platts, iaitu agensi penetapan harga.
Kerjasama Bursa Saham Singapura

Bagi merealisasikan pengenalan mekanisme penetapan harga baru itu, sumber berkenaan berkata, PETRONAS kini sedang mengkaji beberapa pilihan termasuk bekerjasama dengan Bursa Saham Singapura bagi melancarkan satu kontrak niaga hadapan baru.

Katanya, kontrak niaga hadapan itu akan menjejaki pergerakan harga empat gred minyak mentah Malaysia iaitu Labuan, Miri, Kikeh dan Kimanis.

Menjelang tahun depan, empat gred minyak mentah berkenaan, secara terkumpulnya akan mengeluarkan jumlah minyak melebihi 300,000 tong sehari (bpd).

Namun, apabila lapangan baru lain mula beroperasi kelak, paras pengeluaran itu mungkin akan meningkat kepada hampir 400,000 bpd menjelang 2016.

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONASrundingtetapkanhargaminyakmentah/Article
0 Komentar untuk "PETRONAS runding tetapkan harga minyak mentah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI