Kuala Lumpur: Syarikat yang dikenal pasti mendiskriminasi pekerja wanita
bertudung tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tegas, kerana
perbuatan itu jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata kerajaan tidak akan berkompromi mengenai isu ini apatah lagi Islam adalah agama rasmi negara.
“Saya menganggap perkara ini sesuatu yang serius dan seharusnya ia
tidak berlaku. Individu yang menjadi mangsa dalam perkara ini diminta
tampil membuat aduan bagi membolehkan pihak kami (kementerian) mengambil
tindakan tegas kepada syarikat ini.
“Dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan, secara jelas menyebut bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau pelantikan pada mana-mana jawatan,” katanya selepas melakukan lawatan ke ibu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPK) di sini, semalam.
Ulas laporan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar Isnin lalu mengenai isu wanita bertudung tidak diterima bekerja di beberapa butik terkenal di sekitar ibu negara.
Julai lalu, BH dalam laporan muka depan mendedahkan tindakan sesetengah syarikat di ibu negara didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap wanita Islam apabila mensyaratkan mereka yang ingin bekerja membuka tudung dan memakai skirt.
Mengulas lanjut, Rohani berkata, Malaysia sudah menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) iaitu perjanjian bahawa tidak boleh ada sebarang penolakan di dalam bidang pekerjaan atas dasar gender pada 1995.
“Isu ini termaktub dalam Artikel 11 (1) (b) dan 11 (2) CEDAW. Tindakan syarikat yang tidak mengambil pekerja bertudung ini secara jelas menunjukkan mereka melakukan diskriminasi terhadap wanita,” katanya
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tindakantegasjikadiskriminasipekerjabertudung/Article
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata kerajaan tidak akan berkompromi mengenai isu ini apatah lagi Islam adalah agama rasmi negara.
“Dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan, secara jelas menyebut bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau pelantikan pada mana-mana jawatan,” katanya selepas melakukan lawatan ke ibu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPK) di sini, semalam.
Ulas laporan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar Isnin lalu mengenai isu wanita bertudung tidak diterima bekerja di beberapa butik terkenal di sekitar ibu negara.
Julai lalu, BH dalam laporan muka depan mendedahkan tindakan sesetengah syarikat di ibu negara didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap wanita Islam apabila mensyaratkan mereka yang ingin bekerja membuka tudung dan memakai skirt.
Mengulas lanjut, Rohani berkata, Malaysia sudah menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) iaitu perjanjian bahawa tidak boleh ada sebarang penolakan di dalam bidang pekerjaan atas dasar gender pada 1995.
“Isu ini termaktub dalam Artikel 11 (1) (b) dan 11 (2) CEDAW. Tindakan syarikat yang tidak mengambil pekerja bertudung ini secara jelas menunjukkan mereka melakukan diskriminasi terhadap wanita,” katanya
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tindakantegasjikadiskriminasipekerjabertudung/Article
0 Komentar untuk "Tindakan tegas jika diskriminasi pekerja bertudung"