McDonald’s nafi guna bahan ada unsur babi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

McDonald’s nafi guna bahan ada unsur babi

Kuala Lumpur: McDonald’s Malaysia menafikan rangkaian restoran itu di negara ini menggunakan bahan berasaskan babi dalam produknya dan menyifatkan ia khabar angin yang sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab.

Jurucakap syarikat berkenaan, berkata semua produk yang dijual di rangkaian restoran makanan segera itu dijamin halal sepenuhnya dan mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah makanan jualannya bersama sos yang diimport, memenuhi standard dan kualiti keselamatan makanan yang tinggi

Ikut panduan

“Pelanggan kami boleh menikmati hidangan tanpa ragu-ragu kerana ia diperoleh dan disediakan mengikut garis panduan kerajaan serta pihak berkuasa berkaitan,” katanya kepada BH, semalam.

Isu sijil halal McDonald’s kembali menjadi sebutan berikutan e-mel didakwa dikeluarkan Muslim Judicial Council (MJC) dan IQSA menerusi laman sosialnya.
Ia mendakwa MJC dan IQSA menarik balik pengesahan halal daripada McDonald’s selepas menerima maklumat kewujudan bahan berasaskan babi, dikenali LM10 dalam sos mayonis yang digunakan.

Ia juga mendakwa kononnya, pengurusan McDonald’s di Afrika Selatan mengesahkan semua ramuan membuat sos McDonald’s diimport dari Amerika Syarikat, sekali gus menasihatkan pengguna Islam menghentikan pengambilan makanan dari restoran itu.
Jurucakap itu berkata, orang ramai boleh menyemak status halal produk McDonald’s di negara ini dengan menghubungi Hab Halal JAKIM di 03-83150200.

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/McDonald__8217_snafigunabahanadaunsurbabi/Article
0 Komentar untuk "McDonald’s nafi guna bahan ada unsur babi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI