AMUK HARIMAU! Malaysia kalahkan Thailand 3-0 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

AMUK HARIMAU! Malaysia kalahkan Thailand 3-0

Rozaimi (kanan) jaring dua gol malam tadi.
Menampilkan hanya empat pemain daripada kesebelasan utama sebelum ini, skuad bawah 23 negara tetap ampuh ketika menewaskan Thailand 3-0 pada perlawanan ketiga Pestabola Merdeka di Stadium Darulmakmur di sini malam tadi, untuk mengekalkan rekod kemenangan saingan awal.

Kemenangan itu membuktikan betapa semua pemain dalam skuad kendalian Ong Kim Swee itu mampu diturunkan pada bila-bila masa.
“Malam ini (tadi) ramai yang beraksi buat kali pertama dan ini membuktikan mereka semua bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa,” kata Kim Swee selepas tamat perlawanan.


Pemain berkualiti

“Pemain kita bersungguh memburu kemenangan malam ini (malam tadi) kerana mahu merebut tempat dalam skuad Sukan SEA yang hanya terhad kepada 20 pemain.

Sudah tentu saya sukar untuk saya membuat pilihan tetapi saya mahu persaingan sihat ini diteruskan.

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AMUKHARIMAU_/Article

 Pestabola Merdeka: Malaysia benam Thailand 3-0



MALAYSIA mengalahkan Thailand 3-0 pada perlawanan pusingan awal Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Separuh Masa: 2-0

Penjaring:

Mohammad Nasir Basharuddin (m-12), Md Rozaimi Abd Rahman (m-28, m-81)
     
        
Barisan Pemain:

MALAYSIA: Mohd Izham Tarmizi Roslan, Md Fadhli Mohd Shas (kapten), Saiful Ridzuwan Selamat, K. Reuben, Shahrul Mohd Saad, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham), S. Sivanesan, Nazirul Naim Che Hashim (Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa), Mohammad Nasir Basharuddin, D. Saarvindran, Md Rozaimi Abd Rahman.

THAILAND: Abeefaesan Ya, Reeduan Pi, Kithpom Boonsan, Muhammad Bakri Sueni (kapten)(Md Amree Dueramae), Pakorn Parmpak, Pinyo Inpinit, Kasidech Wattayawong, Seksit Srisai (Abdul Wahed Talea), Chayawat Srinawong, E-sa Damae (Samaae Sama), Mama Areh Dueramae.

Pengadil: Win Htut (Myanmar)

- Bernama

 http://www.sinarharian.com.my/sukan/pestabola-merdeka-malaysia-benam-thailand-3-0-1.201051
0 Komentar untuk "AMUK HARIMAU! Malaysia kalahkan Thailand 3-0"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI