Ramli MS masih bengang dituduh berkahwin dengan Alyah! - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ramli MS masih bengang dituduh berkahwin dengan Alyah!

TERKENAL dengan sikapnya yang tegas khususnya ketika melontarkan kritikan, pemuzik dan konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS, bagaimanapun masih tidak terlepas daripada gosip dan kontroversi mengenai kehidupan peribadinya. 

Masih bengang dengan tindakan sebuah portal yang membuat laporan palsu tentang perkahwinan rahsianya dengan penyanyi Alyah, duda anak dua itu memberi amaran kepada blogger dan juga media agar tidak mengulangi perkara itu.

"Saya harap benda-benda begini tidak berulang lagi. Saya juga tak mahu mengulas tentang apa-apa yang tak penting. Sekarang saya mahu fokus pada karier dan juga rumah yang lama tak siap,” katanya.

Enggan berkongsi lebih lanjut perihal hubungannya dengan penyanyi Kau Yang Terindah itu, Ramli berkata, biarlah perkara itu terus menjadi rahsia dirinya.

Beralih perkembangan terbarunya, Ramli akan menjayakan konsert Malaysian Philharmonic Orchestra Rock diterajui tiga bintang rock popular negara, Ella, Mus (May) serta Man Kidal di Dewan Filharmonik Petronas, 21 September ini.

 http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ramli-ms-masih-bengang-1.201190

0 Komentar untuk "Ramli MS masih bengang dituduh berkahwin dengan Alyah!"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI