PAS kucar kacir kerana silap sendiri? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS kucar kacir kerana silap sendiri?


Komentar"Amat malang bila qiyadah dalam sesebuah jemaah lahir daripada sistem tarbiah orang lain dan terus berada di pucuk pimpinan tertinggi tanpa ada sebarang tapisan tempoh bersama dengan jemaah dan tanpa melalui bahan-bahan tarbiah jemaah. Mereka diterima sebagai pimpinan kerana beberapa ciri-ciri umum yang dinilai oleh ahli secara zahir.

Banyak berlaku mereka dipilih kerana kepetahan bercakap, berfikiran strategik, berkelulusan tinggi dan lain-lain lagi sedangkan tidak mengikuti sistem tarbiah yang digariskan oleh jemaah. Ianya berkemungkinan jemaah tersebut tidak mempunyai sistem tarbiah yang baik atau memang tidak ada sistem tarbiah.

Tarbiah dan Qiyadah


Qiyadah perlu lahir daripada tarbiah yang baik dan tersusun. Qiyadah perlu memahami matlamat dan objektif sesebuah jemaah terutamanya jemaah Islam. Maka tarbiah perlu diisi dengan bahan-bahan yang menjuruskan kepada matlamat jemaah. Qiyadah perlu jelas fikrah jemaah dan berusaha untuk melaksanakan hadaf jemaah.

Kesinambungan antara qiyadah dan tarbiah amat penting demi kelancaran dakwah. Sebagai sebuah jemaah Islam, PAS sepatutnya perlu melihat semula sistem tarbiah yang dilalui oleh setiap pimpinan dari bawah hingga ke atas dan perlu memastikan setiap pimpinan perlu melalui tarbiah yang betul dan wasilah yang bertepatan.

Tarbiah bukan hanya dengan mengikuti ceramah-ceramah, kuliah-kuliah umum atau halaqah-halaqah khusus tetapi tarbiah adalah merangkumi semua aspek iaitu fikrah, tasawur, jasad, akal dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan kepimpinan.

Adalah tidak salah jika kita melabelkan mustawa qiyadah secara dalaman berpandukan kepada tempoh masa dalam perjuangan dan bahan-bahan fikrah yang telah dilalui untuk menjamin mutu kepimpinan sebagaimana yang dilakukan jemaah Ikhwan Muslimin dan jemaah lain yang mengikuti caranya.

Pemilihan Qiyadah

Amat malang bila qiyadah dalam sesebuah jemaah lahir daripada sistem tarbiah orang lain dan terus berada di pucuk pimpinan tertinggi tanpa ada sebarang tapisan tempoh bersama dengan jemaah dan tanpa melalui bahan-bahan tarbiah jemaah. Mereka diterima sebagai pimpinan kerana beberapa ciri-ciri umum yang dinilai oleh ahli secara zahir. Banyak berlaku mereka dipilih kerana kepetahan bercakap, berfikiran strategik, berkelulusan tinggi dan lain-lain lagi sedangkan tidak mengikuti sistem tarbiah yang digariskan oleh jemaah. Ianya berkemungkinan jemaah tersebut tidak mempunyai sistem tarbiah yang baik atau memang tidak ada sistem tarbiah.

Jika pemilihan pimpinan berdasarkan kepada tarbiah dan fikrah maka krisis yang berlaku dalam PAS tidak akan sekalut ini. Tarbiah akan menjaga perjalanan dakwah dan fikrah dan juga pemilihan pemimpin. Oleh itu PAS perlu melihat semula elemen-elemen penting dalam membina sebuah jemaah Islam. Jangan terlalu mengikut cara parti politik kepartian kalau ingin terus menjuarai dakwah Islam di Malaysia.

Sistem dalaman pemilihan ahli perlu disemak semula dan perlu meletakkan beberapa syarat lebih-lebih lagi syarat-syarat pemilihan pemimpin. Bukan kerana calon pernah menjadi pimpinan tertinggi jemaah lain kecuali pimpinan daripada jemaah yang sama fikrah dan dakwah maka dia diterima sebagai pimpinan dalam PAS dan diberi kedudukan yang tinggi dalam pimpinan. Mereka sepatutnya melalui proses tapisan tarbiah dalaman jemaah dulu untuk diuji sejauh mana mereka ingin berama PAS atau hanya sekadar sebagai batu loncatan untuk melaksanakan agenda mereka yang tersembunyi. Proses penapisan begini diamalkan oleh kebanyakan pertubuhan samada jemaah Islam atau bukan Islam demi kelangsungan agenda yang dibawa kerana pemimpin adalah pejuang dan penjaga kepada fikrah dan agenda.

Agenda meyelinap sahih atau tidak

Mereka yang membawa dakwah juga perlu melihat adakah fikrah mereka sahih dengan menumpang jemaah lain untuk kepentingan agenda mereka. Adakah fikrah itu sahih dengan mengintai intai ruang dalam pertubuhan-pertubuhan lain untuk membawa fikrah kita.

Kadang-kadang atas alasan islah atau menyusup untuk menyebarkan fikrah yang sahih dalam pertubuhan atau jemaah lain. Amat malang pula jika bersama pertubuhan yang jelas tidak menyokong agenda Islam. Cara ini semuanya tidak tepat dengan fikrah Islam lebih-lebih lagi kalau mendakwa membawa fikrah Ikhwan Muslimin.

Fikrah Islam tidak bergerak secara menyusup dan menyelinap kecuali beberapa alasan yang dibenarkan dalam suasana tertentu dan berbentuk sementara waktu bukannya menjadi dasar asal jemaah. Malang jika ada jemaah Islam bergerak sepanjang masa hanya dengan menumpang jemaah lain atau berperancangan sepanjang zaman untuk intai-mengintai pertubuhan lain sebagai batu loncatan untuk sebarkan dakwah. Tidak berani untuk tonjolkan fikrah dan dakwah di atas parti atau jemaah sendiri yang dibina dari awal.

Mana-mana pertubuhan atau jemaah amat perlu untuk tidak memberi laluan mudah kepada mereka yang cuba untuk menyelinap dan menyusup sebelum mereka melalui proses tarbiah dan penapisan dalam sistem dalaman jemaah untuk menjaga kelancaran dan kesinambungan dakwah dan fikrah jemaah.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP ISMA Pasir Puteh
Merangkap

YDP Majlis Syura ISMA Malaysia
0 Komentar untuk "PAS kucar kacir kerana silap sendiri?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI