Zed Zaidi sandang jawatan Presiden Seniman - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Zed Zaidi sandang jawatan Presiden Seniman

TAHNIAH diucapkan kepada Zed Zaidi yang secara rasmi telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang berlangsung di Dataran Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka, semalam.

Dalam perebutan jawatan itu, Zed mendapat 109 undi dan telah menewaskan dua calon lain  iaitu seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66).

Dalam pada itu, Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli. Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.
0 Komentar untuk "Zed Zaidi sandang jawatan Presiden Seniman"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI