Exco: Kuota berubah perkara biasa, bukan isu besar - kata anak Hadi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Exco: Kuota berubah perkara biasa, bukan isu besar - kata anak Hadi

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Khalil Abdul Hadi berkata perubahan drastik komposisi barisan Exco Selangor yang tidak memihak parti itu tidak perlu diperbesarkan selain menambah proses tersebut sentiasa berlaku.


Anak kepada Presiden PAS ini menambah perubahan yang mendapat perkenan keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu diterima kepimpinan parti.
 
Untuk rekod, komposisi barisan Exco Selangor menyaksikan Menteri Besar yang baru Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarainya dengan mengurangkan kuota kerusi PAS.
 
"Itu keputusan Sultan, jadi kita lihatlah bagaimana," kata Khalil kepada Antarapos.
 
Ujar beliau lagi, kebiasaannya sebarang perubahan akan ditentukan secara bersama di peringkat Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Sultan.
 
"Perkara itu tiada isu, itu perkara biasa...bila-bila masa pun kalau nak tambah exco atau nak kurang exco boleh sahaja berlaku.
 
"Itu atas Menteri Besar dan juga perbincangan dalam Pakatan Rakyat, jadi ia bukan isu," katanya mengulas perkara itu.
 
Untuk rekod, kuota terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan PAS tiga.
 
Mengulas mengenai komposisi jawatan Exco diperuntukkan kepada PAS yang berkurangan daripada empat sebelum ini kepada tiga, Azmin berkata, keputusan itu dicapai setelah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk parti komponen Pakatan.
 
Sebagai 'balasan' mengurangkan kuota Exco PAS, Azmin mengumumkan jawatan Timbalan Speaker yang disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad daripada PKR.
 
Barisan 10 Exco kali ini menyaksikan tiga muka baru ditampilkan Azmin iaitu Nik Nazmi, ADUN Batu Caves Amirudin Shari kedua-duanya daripada PKR dan ADUN Taman Templer Zaidy Abdul Talib daripada PAS.
 
Ia juga turut memperlihatkan dua daripada empat Exco PAS yang bersama pentabiran bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digugurkan iaitu ADUN Selat Klang Dr Halimah Ali dan ADUN Sabak Sallehen Mukhyi.
 

Komposisi calon wanita dalam barisan Exco kali ini juga berkurangan daripada tiga kepada dua iaitu ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Ping dan ADUN Sementa Dr Daroyah Alwi, kedua-duanya daripada PKR. - AntaraPOS
0 Komentar untuk "Exco: Kuota berubah perkara biasa, bukan isu besar - kata anak Hadi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI